Wednesday, September 02, 2015
PAS : 'BERSIH 4.0 Kini Jadi KOTOR 4.0'
1. Tuntutan Bersih untuk reform sistem demokrasi dan pilihan raya negara
adalah disokong oleh Pas tanpa berbelah bahagi. Malah Pas telah
menganjur dan menyertai pelbagai bentuk himpunan sebelum ini.
Bukan hanya dalam bentuk anjuran bersama Bersih, tetapi juga pelbagai
isu yang menyentuh kepentingan ummah. Pas hanya berbeza pendekatan pada
kali ini. Kebetulan Pas mempunyai komitmen yang tinggi terhadap beberapa
program penting yang dianjur dalam tempoh ini.
2. Namun insiden memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dalam himpunan Bersih 4.0 adalah suatu yang sangat memalukan.
Perbuatan itu adalah KOTOR dan sangat biadap serta kurang ajar,
sementelah tiada jenayah dan perbuatan yang melayakkan perbuatan
sebegitu itu dilakukan ke atas Abdul Hadi.
3. Kami mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab tampil memohon maaf
secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan
provokatif sedemikian. Terlebih wajar jika pihak penganjur Bersih
mengambil tanggungjawab bagi membukti mereka tidak merestui perbuatan
KOTOR sebegitu justeru membenci dan memusuhi Abdul Hadi bukanlah sasaran
yang termaktub dalam tuntutan Bersih.
4. Ia adalah satu tragedi malang yang memapar standard akhlak dan moral
pihak terbabit terlalu sangat rendah dan hina. Poster yang diedit
sedemikian rupa dengan memaparkan Abdul Hadi berpelukan dengan Datuk
Seri Najib kononnya mahu menggambarkan Pas seperti bersekongkol dengan
Umno dan BN. Ini juga merupakan satu fitnah yang jahat.
5. Perbuatan itu tidak boleh dipandangan ringan. Selain ia adalah
perbuatan menghina maruah, ia juga merupakan satu tindakan yang
melebarkan kebencian dan permusuhan. Sekaligus memperlihatkan kepada
dunia perangai KOTORnya yang amat memalukan.
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan Pas
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment