Sunday, September 20, 2015
DAP Tegas Tolak PAS Sertai Pakatan 2.0
Masing-masing tunjuk taring... Bukan sahaja Datuk Seri Abdul Hadi Awang tolak kerjasama dengan Parti Amanah Nasional (PAN).
DAP yang secara tak rasmi dibelakang PAN tegas menolak PAS menyertai pakatan baru pembangkang.
Parti bertunjangkan Cina itu berkeras ia tidak akan menyertai gabungan
baru parti pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0, jika PKR tetap mahu
mengekalkan PAS sebagai anggota, menurut pemimpin parti itu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP, Ramkarpal Singh berkata, jurang
perhubungan di antara dua bekas sekutu itu sudah terlalu dalam untuk
dibaiki, sambil menambah adalah mustahil untuk bekerja dengan PAS selagi
parti Islam berkenaan dipimpin oleh Abdul Hadi.
“Kami tidak boleh bekerja dengan PAS dipimpin Hadi Awang, kecuali mereka
bersedia untuk menggugurkan beberapa perkara yang menjadi pendirian
mereka,” kata kepada pihak media.
“Dengan barisan pimpinan DAP yang ada sekarang, ia adalah mustahil,”
tambahnya, merujuk kepada gabungan baru parti pembangkang itu.
Ramkarpal berkata, DAP akan hanya mengkaji semula bantahannya jika parti
Islam itu bersedia untuk mematuhi dasar bersama diterimapakai parti
pembangkang lain.
PAS sebelum ini melanggar Kerangka Dasar Bersama PR apabila ia memperjuangkan hudud yang menyebabkan pakatan berkenaan terkubur.
“Adalah lebih baik, satu kerangka jelas diwujudkan dan dipersetujui sebelum mana-mana pihak bekerjasama,” tambahnya.
Setiausaha Kerja Kebangsaan DAP Anthony Loke bersetuju dan membangkitkan
pendirian DAP terhadap PAS konsisten serta jelas sejak PR terkubur awal
tahun ini.
“Kami tidak setuju PAS menyertai gabungan baru ini, kami tidak mahu sebarang perhubungan dengan PAS sejak berpecah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment