Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberi notis 14 hari kepada pemilik bangunan Pasar Seni agar merobohkan papan tanda yang menjadi kontroversi sejak beberapa hari lalu.
Thursday, September 03, 2015
DBKL Arah Pemilik Pasar Seni Robohkan Papan Tanda Tanpa Bahasa Melayu
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberi notis 14 hari kepada pemilik bangunan Pasar Seni agar merobohkan papan tanda yang menjadi kontroversi sejak beberapa hari lalu.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Perskutuan, Mohd Hisammudin
Yahya, DBKL akan merobohkan binaan tersebut dan mengambil tindakan
undang-undang sekiranya notis tersebut tidak diendahkan.
Beberapa hari ini ramai yang mempertikaikan tindakan pemilik Pasar
Seni memasang papan tanda yang hanya memuatkan bahasa Inggeris dan
Mandarin tanpa sebarang perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi
syarat utama pemasangan papan tanda.
Antara yang membangkitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang yang juga seorang peguam, Jefree Zain Affendi.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Jefree Zain Affendi, Pasar
Seni adalah identiti, malahan sebahagian daripada institusi sejarah di
Kuala Lumpur.
“Apa yang memalit ralat besar adalah apabila saya melihat papan tanda
Pasar Seni baru-baru ini.
Tiada sepatah kosa kata atau terjemahan
Bahasa Melayu langsung pada padan tanda berkenaan.
Adakah pengurusan
Pasar Seni sengaja meminggirkan Bahasa Kebangsaan?” katanya kepada
Agendadaily.
Selain itu, seorang peniaga kafe turut mempersoalkan kewujudan papan
tanda ini memandangkan ia bertentangan dengan garis panduan papan tanda
dan iklan DBKL.
“Papan tanda kafe saya dalam kawasan DBKL harus mempunyai perkataan
bahasa Melayu kecuali nama asal jenama. Pernah ditolak kelulusan kerana
perkataan Cafe. Setahu saya Menteri pernah mengarahkan papan tanda di
Kuala Lumpur perlu mendapat pengesahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment