Beliau berkata dengan ledakan pelbagai gelombang yang melanda negara ketika ini, tekanan turut dirasai oleh isteri wakil rakyat dan kaedah terbaik untuk melepaskannya ialah dengan bersukan, berekreasi serta melakukan sesuatu di luar norma kebiasaan rutin harian.
Thursday, September 03, 2015
Generasi Muda Perlu Contohi BAKTI – TPM
IPOH : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi berkata usaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri
Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) memperkukuh perpaduan dalam
kalangan anggotanya perlu dicontohi oleh semua pihak, terutama generasi
muda.
Beliau berkata untuk tujuan itu BAKTI, yang diterajui Isteri Perdana
Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengambil inisiatif menganjurkan
pelbagai aktiviti termasuk Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan
Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2015.
“BAKTI perlu dicontohi generasi muda atau ‘Gen Y’ dan penganjuran
programnya harus dilihat dari segi ‘substance’ atau pengisian seperti
wacana intelektual serta difahami matlamat yang tersirat.
“Semangat yang ada pada seluruh ahli-ahli badan amal ini melayakkan
mereka digelar sebagai ‘iron ladies’,” katanya ketika merasmikan
PTIWRBNM 2015 di Dewan Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan
Azlan Shah di sini hari ini.
Sejumlah 536 peserta membabitkan 145 kontinjen mengambil bahagian
dalam program tahunan bertema ‘Budayakan Sukan, Akrabkan Hubungan’ yang
mempertandingkan acara badminton dan tenpin boling.
Ahmad Zahid berkata program itu merupakan manifestasi kebersamaan isteri-isteri wakil rakyat yang diilhamkan Rosmah.
“Saya kenal sangat beliau dari zaman saya belajar lagi, beliau adalah
seorang yang amat teliti, terperinci dan kesilapan sifar…jika diteliti
ucapan YAB Datin Seri Rosmah sebentar tadi, ia terperinci dan jelas.
“Kita tidak boleh mencincaikan apa yang kita buat, jadi kita harus
mencontohi YAB Datin Seri Rosmah,” katanya sambil meminta hadirin bangun
memberikan tepukan gemuruh kepada Yang Dipertua BAKTI itu.
Beliau berkata dengan ledakan pelbagai gelombang yang melanda negara ketika ini, tekanan turut dirasai oleh isteri wakil rakyat dan kaedah terbaik untuk melepaskannya ialah dengan bersukan, berekreasi serta melakukan sesuatu di luar norma kebiasaan rutin harian.
Katanya, badan amal seperti BAKTI tidak ada di negara lain, jika adapun hanya pertubuhan ‘biasa’ tetapi tidak sehebat BAKTI.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment