Thursday, September 03, 2015
Najib Bidas Dr Mahathir
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari
tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.
“Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari
tumpuan,” kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran
Modal Sedunia di sini.
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan
malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB.
Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada
perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara
begini,” kata Najib.
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan
bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment