Wednesday, September 02, 2015
Jangan Bagi Muka Pada Soo Wincci.... Sedia Terima Padah, Rakam Video Desak PM Letak Jawatan
Jenis tak sedar diuntung....macam ni lah kalau sudah rasa kebodohannya.
PETALING JAYA : Penyanyi Soo Wincci sanggup menerima padah termasuklah
disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak berikutan tindakannya mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.
Wincci, 29, berkata, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian
kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana
menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.
”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.
"Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur
dengan perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada
petang Selasa.
Wincci kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.
Pada 30 Ogos lalu, Wincci telah memuat naik klip video perhimpunan
Bersih 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu serta luahan rasanya yang
terharu melihat sebahagian masyarakat yang turun padang menyertai
perhimpunan berkenaan.
Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan segera
memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain
begitu selesa dengan kedudukannya sekarang.
Wincci turut memuat naik video lagu baharunya berjudul This Is The Time
yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.
Video tersebut menunjukkan visual-visual perhimpunan Bersih 4.0.
Sementara itu, Wincci berkata, dia tiada niat untuk melukakan hati
mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.
"Andai kata perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri,
tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.
”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang," tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment