Sunday, September 20, 2015
Jenis Warga Malaysia Beginilah Yang Bakal Membuatkan Negara Kita Hancur Melalui Campurtangan ASING...
Hairan dengan anak Nuar ni... Bapa dia dibicarakan dimahkamah dan
disabitkan bersalah oleh mahkamah... boleh pula kata bapa dia tu tahanan
politik...
Nurul Izzah yang melawat Amerika Syarikat baru-baru ini menggesa
kerajaan Amerika Syarikat meletakkan tekanan terhadap kerajaan Malaysia
dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membebaskan
bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah ketika ditemubual media di Washington berkata, Amerika
Syarikat sepatutnya ‘menuntut pembebasan Anwar sebagai tahanan politik’
atau sekurang-kurangnya membolehkannya menjalani pembedahan.
Dia berkata, bapanya mengalami kecederaan pada bahunya yang menjadi
semakin teruk akibat tidak mendapat rawatan segera yang kini turut
memberi kesan terhadap tulang belakangnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment