Sunday, September 20, 2015
Buruknya Perangainya..... Cubaan Khairuddin dan Matthias Chang Meminta Campurtangan Kuasa Asing
Tindakan itu disifatkan pihak berkuasa sebagai cubaan memudaratkan
sistem demokrasi di negara ini dengan menjadikan isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) sebagai alasan.
Menerusi perancangan tersebut, Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua
UMNO Bahagian Batu Kawan dijadualkan bertemu Biro Penyiasatan
Persekutuan (FBI) pada Isnin ini, di lokasi rahsia di negara kuasa besar
berkenaan.
Perkara itu diakui sendiri peguam Khairuddin, Matthias Chang yang juga
bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad kepada akhbar New York Times menerusi temubual telefon.
Menurut Matthias yang juga salah seorang individu yang disekat Jabatan
Imigresen daripada meninggalkan negara ini, pertemuan antara Khairuddin
dengan FBI itu diatur dengan kerjasama pihak Kedutaan AS di Malaysia.
“Khairuddin sepatutnya dijadualkan bertemu FBI di Amerika pada Isnin,”
kata Matthias sebagaimana dipetik daripada laman web akhbar itu,
http://www.nytimes.com hari ini.
Sebelum ini, Khairuddin didakwa bersama Matthias bertindak membuat
laporan palsu dengan mengemukakan bukti-bukti yang telah diubahsuai
kepada Peguam Negara Switzerland bagi mendesak siasatan ke atas isu
1MDB.
Dalam pada itu, akhbar yang sama melaporkan, Khairuddin dalam satu
temubual baru-baru ini juga turut mengakui bahawa beliau merancang untuk
mengemukakan dokumen berkaitan dakwaan pengubahan wang haram kepada
FBI.
“Saya percaya pihak berkuasa AS ada rekod pergerakan wang,” kata Khairuddin tanpa mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa
Khairuddin direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu
siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh
ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi beliau enggan mengulas
lanjut mengenai status dokumen yang diserahkan Khairuddin kepada pihak
asing yang didakwa palsu.
“Khairuddin ditahan selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Akta 124C Kanun Keseksaan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment