Sunday, September 20, 2015

Khairy Mahu Polis Tangkap Peserta Baju Merah Yang Langgar Undang-Undang.

Tangkap saja siapa-siapa yang buat onar masa  Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan pada Rabu lepas. Siasat dan ambil tindakan tegas terhadap peserta-peserta Baju Merah yang telah terbukti melanggar undang-undang… Itu yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Kita tidak menghalang mereka untuk terlibat dalam apa-apa perhimpunan atau aktiviti.

"Apa yang penting, kalau terbukti ada dikalangan mereka yang melanggar undang-undang, mereka perlu di ambil tindakan," kata Khairy.

Sementara itu, Khairy juga turut mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling, katanya semua siasatan dan tindakan tegas telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk selesaikannya.

"Biar pihak polis siasat," katanya. 

Ahli Parlimen Rembau itu juga turut diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin tentang desakannya supaya pergaduhan dan isu perkauman yang berlaku di negara ni dihentikan dengan segera sebelum ianya menjadi bertambah buruk.

"Iyalah, sudah pasti kalau ada apa-apa provikasi perkauman mesti kita hentikan. Kita tidak mahu ada masalah ketegangan kaum, dan sebagainya." Katanya.

Iyalah, sapa mahu negara berada dalam kekecohan, rakyat sepatutnya tidak bertikam lidah dan menyalahkan satu sama lain hanya kerana terpengaruh dengan benda tidak betul. kalau dah buat perhimpunan tu jangan sampai mengganggu gugat keamanan orang lain.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment