Sunday, September 20, 2015
Habislah PAS.. Ratusan Ribu Orang Hadir Ceramah Parti Mat Sabu Di Bayan Lepas
Beginilah pemandangan dan sambutan hangat dan meletop yang diberikan kepada parti yang katanya dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, inklusif dan profesional selain para ulama yang luar biasa. Parti ini dihebohkan kepada seluruh dunia bahawa sudah berjaya melumpuhkan PAS dalam tempoh 15 hari sahaja ditubuhkan.
Kalau dilihat kepada sambutan rakyat di Bayan Lepas tersebut, bolehlah ia dikira suatu pencapaian luar biasa yang belum pernah dicapai oleh mana-mana parti serpihan didalam dunia sebelum ini.
Memang luar biasa sungguh respon dan sambutan diberikan rakyat apabila berpusu-pusu orang ramai memenuhi khemah hinggakan tak cukup tempat yang kosong. Jangan salah sangka, yang nampak kosong didalam gambar itu adalah kerana mereka pergi ke tandas.
Dari risikan dan maklumat yang diperolehi, majoriti yang hadir adalah terdiri dari ahli dan penyokong Parti KeADILan Rakyat, hanya lebih kurang 3 orang ahli PAS yang dikenal pasti dan paling menyedihkan langsung tiada seorang pun ahli UMNO yang turut hadir.
Jadi dari rungutan akar umbi sesudah curi ahli PAS, kini katanya parti Mat Sabu itu dalam proses mencuri anggota PKR pula. Malangnya ahli UMNO langsung tidak terliur bukan sahaja nak menjadi ahli malahan nak dengar ceramah pun tak ingin.
Kalau sanggup dan tergamak mencuri ahli PAS apa jaminan anggota PKR tidak akan dicurinya untuk menambahkan angka ahli sebagai bahan propaganda murahan? Maka diharap Wan Azizah berhati-hatilah.., tak mustahil nanti habis ahli PKR dirompak oleh parti Mat Sabu ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment