Sunday, September 20, 2015

Tony Pua Tak Payah Sibuk Pasal 1MDB, Uruskan Skandal Sendiri Sudah!!

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ni tak habis-habis nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang lain padahal kain sendiri yang terkoyak tu tak reti-reti nak jahit balik… Lepas tu ada hati nak persoalkan pasal masalah orang lain. Haishhhhhh penyibuk betul la Pemimpin DAP ni kan.

Nahhhhhhh… Kali ni 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) sendiri yang nasihatkan Tony supaya tak payah nak masuk campur soal urusan berkaitan skandal 1MDB, sebaliknya fokus jela dekat skandal sendiri. Iaitu soal penglibatan Tony terhadap tindakannya membocorkan maklumat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Skandal diri sendiri pun tak settle lagi ada hati nak persoalkan skandal orang puiii.

Hairan pulak dengan Tony, sebab dia macam buat tak kesah je dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang katanya dorang dah nilai dokumen-dokumen dalam siasatan PAC, dan sah-sah  itu satu perbuatan yang salah mengikut undang-undang.

“1MDB merujuk kepada kenyataan Tony yang meminta 1MDB menjawab tuduhan yang dikeluarkan oleh WSJ. Tony lupa menyatakan penafian jelas oleh 1MDB yang dikeluarkan pada 9 dan 18 September lalu.

“Tony sepatutnya terlebih dahulu fokus untuk menjawab siasatan polis yang sedang berjalan dan menjawab persoalan rakyat terhadap skandal yang telah mencemar maruah PAC,” kata 1MDB.

Ohhh bila dorang buat salah dorang diam tapi bila orang lain, bukan main lagi yer! WSJ juga turut mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, yang menyentuh tentang deposit 1MDB berjumlah AS$1 bilion (RM4.2 bilion), Sedangkan aset-aset syarikat itu telah ditamatkan. Artikal itu dikeluarkan pada 18 September 2015. Apa la dorang ni, nak tuduh pun benda tak betul buat malu jela.

Better settle dulu kes Tony Pua tu, suruh dia jelaskan persoalan yang menjadi tanda tanya kepada rakyat dan penyokong dorang. Bukan tahu nak sibuk hal rumah tangga orang je.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment