Sunday, September 20, 2015
Kita Perlukan PAS Untuk Menang PRU - Wan Azizah... Muka Tak Tahu Malu
KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menegaskan bahawa pintu sentiasa terbuka untuk PAS menyertai pakatan
pembangkang yang baharu walaupun terdapat penolakan secara
terang-terangan oleh parti Islam itu sebelum ini.
Dr Wan Azizah berkata, PAS perlu turut serta kerana pakatan memerlukan bilangan untuk memenangi pilihan raya umum (PRU).
"Untuk menang pilihan raya, kita perlu ada calon untuk menang
bertanding. Kita perlukan semua orang," katanya ketika ditanya sekiranya
PKR yakin dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti yang menghimpunkan
bekas pemimpin PAS.
"Jika kita bersama, majoriti akan menang," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Dr Wan Azizah berkata, PKR telah menjemput PAS untuk menghadiri
perbincangan meja bulat mengenai pembentukan pakatan baharu yang
dijadualkan pada Selasa.
PAS dilaporkan tidak akan menghadiri perbincangan itu kerana mereka tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment