Thursday, September 03, 2015
Mahathir Sebenarnya DALANG Gulingkan Perdana Menteri - Lester Melanyi
Pasti mengejutkan apabila bekas wartawan Sarawak Report, Lester Melanyi
mendedahkan dalang sebenar yang mahu Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan
sebagai perdana menteri.
Lester berkata, dalang yang mahu menggulingkan Najib adalah bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan Sarawak Report
sebagai senjata untuk menyerang perdana menteri itu.
Jelasnya, beliau mempunyai rakaman suara perbualan antara bekas perdana menteri itu dan Rewcastle Brown.
Lester berkata, beliau tahu berhubung rakaman itu dan kandungannya oleh
seorang kerani, Amy Whitefield, susulan amalan biasa Sarawak Report.
Menurut Lester, Mahathir telah mengarahkan editor Sarawak Report, Clare
Rewcastle Brown untuk menulis satu artikel memburuk-burukkan kerajaan
pentadbiran Najib.
"Mahu Clare tulis sesuatu menentang kerajaan," kata Lester Melanyi.
Pasti sebelum ini anda terfikir, siapakah dalang yang telah mengarahkan
dan dari mana sumber yang diperolehi Sarawak Report yang mendedahkan
akaun-akaun Najib dan sebagainya bukan??
Bukan senang dan mudah bagi satu organisasi media untuk mendedahkan
sesuatu keburukan orang lain jika tidak mendapat sumber mahupun penajaan
dari seseorang.
Tetapi malangnya, pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap
perdana menteri adalah satu fitnah dan mahu menjatuhkan kredibiliti
beliau sebagai seorang perdana menteri yang berjaya membawa Malaysia ke
mata duni.
Hari ini, jelas menunjukkan Mahathir pandai bermain wayang apabila
beliau sendiri yang mengarahkan Sarawak Report untuk mengeluarkan
artikel 'jahat' mengenai perdana menteri demi mencapai politik
peribadinya sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment