Thursday, September 03, 2015
Kedah Perlukan MB Baru Gantikan Mukhriz.. - Ahmad Lebai Sudin
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai
memaklumkan Kedah hari ini memerlukan Menteri Besar yang baharu bagi
menggantikan Menteri Besar yang sedia ada, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahmad Lebai berkata, Kedah memerlukan Menteri Besar yang baharu
memandangkan Mukhriz yang kini menyandang Menteri Besar Kedah gagal
melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat di negeri Kedah.
Tambah Ahmad Lebai, Mukhriz yang menjadi Menteri Besar selama tiga tahun
tidak membawa sebarang perubuhan di negeri jelapang padi itu, malah
janji-janji yang pernah dikatakan kepada Rakyat di negeri Kedah para
pilihan raya umum (PRU) lalu hanyalah sekadar janji-janji kosong.
Menurut Ahmad Lebai, Mukhriz tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin
apabila hubungannya dengan rakyat tidak semesra pemimpin Umno yang lain,
malah beliau telah menimbulkan masalah dengan kontraktor-kontraktor di
negeri itu.
Katanya, Mukhriz lebih sesuai menjadi seorang artis apabila hanya pandai
melakukan selfie apabila sering kali turun bersama rakyat di negeri
Kedah berbanding mengambil berat mengenai permasalahan rakyat di negeri
itu.
"tidak ada apa-apa pembangunan yang dilakukan di Kedah. Semuanya tidak dapat dilaksanakan. Kedah jumud dari segi pembangunannya.
"Malah peruntukan kerajaan negeri tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Saya difahamkan kontraktor-kontraktor yang membuat kerja-kerja di Kedah
sedang ditangguhkan pembayaran mereka. Malah, hubungannya dengan rakyat
jelata sendiri tidak berlaku dengan baik.
"Cuma yang ada hanyalah 'selfie-selfie' yang dilakukannya apabila mereka turun bersama masyarakat," kata Ahmad Lebai.
Ahmad Lebai berkata, beliau berkata demikan kerana khuatir Kedah akan
dirampas oleh pihak pembangkang jika Menteri Besar tidak ditukar dengan
segera.
Katanya, beliau yakin jika tiada tindakan diambil, Barisan Nasional akan gagal mengekalkan kuasanya pada PRU akan datang kelak.
Beliau juga mencadangkan Mukhriz supaya mengundur diri secara terhormat
kerana bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali serta kakaknya Marina telah mengkhianati orang Melayu dengan turun
menyertai perhimpuanan Bersih 4.0 lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment