Thursday, September 03, 2015
Menteri Pelancongan Gembira BERSIH Bantu Popularkan Nama Malaysia
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menganjurkan
Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu selama 34 jam telah
mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita tempatan dan antarabangsa
seperti CNN, Aljazeera serta BBC.
Oleh itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz mengucap jutaan terima kasih kepada penganjur perhimpunan Bersih
4.0 kerana mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang
sihat di mata dunia.
Nazri berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada penganjur Bersih
kerana telah melonjakkan nama Malaysia dalam industri pelancongan.
Justeru itu, beliau menyarankan agar perhimpunan Bersih diadakan sebagai
acara tahunan bagi melonjakkan lagi nama negara di persada dunia.
"Seluruh dunia tahu, jadi saya mengucapkan terima kasih pad Bersih
kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia pada pandangan
pelancong dan luar negara," kata Nazri.
Nazri yang menyentuh mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di
Bersih 4.0 pada hujung minggu lalu berkata, Mahathir telah nyanyuk dan
disebabkan itu beliau menyertai perhimpunan itu.
Tambahnya, bagus juga orang tua seperti Mahathir menyertai perhimpunan
itu, tidaklah kerosakan harta benda akan berlaku di ibu kota disebabkan
perhimpunan haram itu.
"Beliau telah berubah. Sebelum ini beliau kata demonstrasi bukan budaya
kita, tetapi sekarang ketika beliau sudah tua, baru disedari bahawa ia
adalah satu budaya baharu dan mahu menyertainya.
"Oklah macam itu, saya tidak fikir orang tua macam orang itu akan
merosakkan harta benda atau baling bom. Makin ramai orang tua macam itu
lagi bagus," perli Nazri kepada bekas perdana menteri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment