Monday, September 21, 2015

Malaysia Optimis Tandatangani MOU Mengenai Jerebu Dengan Indonesia Menjelang Hujung Tahun

KUALA LUMPUR : Malaysia optimis akan menandatangai perjanjian yang sudah lama tertangguh bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan dengan Indonesia menjelang hujung tahun ini. 
http://sabahkini.com/wp-content/uploads/2015/07/wan-j4.jpg
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Memorandum Persefahaman (MoU) bilateral mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, sebaik saja berkuatkuasa, akan membuka jalan bagi kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara dalam menangani asap yang berlaku saban tahun. 

“Bila draf (MoU) siap. Saya yakin kita dapat tandatangani tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Konservasi Panda di Zoo Negara, di sini hari ini. 

Mesyuarat antara Junaidi dan rakan sejawatannya dari Indonesia tertangguh dua kali, bila Menteri Indonesia itu tidak dapat hadir di sini, sekali pada Jumaat lepas, dan sekali lagi pada 25 Sept, akibat keadaan berjerebu yang bertambah buruk di Indonesia. 

Wan Junaidi berkata MoU itu akan mengandungi empat komponen utama – penguatkuasaan undang-undang bagi menangani pencemaran jerebu, melaksanakan amalan pembakaran sifar, pengurusan tanah gambut dan kolaborasi antara negara-negara bagi mengendali kebakaran jerebu. 

Perjanjian bilateral itu adalah hasil Mesyuarat ke-17 Jawatankuasa Pengelola Sub-Wilayah peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, yang berlangsung di Jakarta, 28 Julai lepas.
Selain Malaysia, Indonesia akan juga menandatangani perjanjian serupa dengan Singapura, Thailand dan Brunei.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata kerja-kerja menaik taraf Zoo Negara bernilai RM70 juta dijangka siap menjelang hujung tahun 2016. 

Langkah itu akan menjadikan zoo itu bertaraf antarabangsa. 

Katanya, kerja-kerja itu dijalankan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), dan Institut Penyelidikan Perhutanan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment