Thursday, September 03, 2015
Najib Tak Pernah Bayangkan Dikritik Tun M
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr Mahathir
Mohamad dengan mengatakan bahawa beliau tidak pernah membayangkan bekas
perdana menteri itu menjadi begitu kritikal terhadap pentadbirannya.
"Tak pernah saya membayangkan pemimpin terdahulu menentang saya dengan cara begini.
"Tetapi beliau bukan lagi perdana menteri, jadi (beliau) tak sepatutnya
meraih perhatian," katanya pada perasmian World Capital Markets
Symposium pada Khamis.
Walaupun Najib tidak menyebut Dr Mahathir dalam ucapannya, ia adalah
jelas menunjukkan beliau merujuk kepada bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir begitu kritikal terhadap Najib sejak beberapa bulan lalu terutama isu 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment