Sunday, September 20, 2015
Parti Politik Pembangkang Perlu Hentikan Amalan ‘Race Politics Of Hate’
KUALA LUMPUR : Penganalisis Politik Antarabangsa, Syed Abdul
Razak Alsagoff berkata, pihak pembangkang sekarang bukan lagi seperti
dahulu yang dilihat lebih constructive criticism atau kritikan membina.
Dalam makna lain jelas beliau, membangkang dengan memberi cadangan lain yang bernas.
Namun sejak tahun 2008, tambahnya lagi parti politik pembangkang dilihat lebih keras memainkan isu race politics of hates atau menabur kebencian kaum di kalangan rakyat Malaysia.
“Mereka menabur race politics of hate atau politik kebencian kaum dengan menunjukkan kerajaan Melayu yang zalim based on race ….and Anwar Ibrahim is a chameleon bila dia pergi ke kawasan kaum India dia akan bercerita apa yang kaum India mahu dengar begitu juga kaum Cina.”
“But nobody was remember when he was Minister of Education he had
the power that he can force to disperse Chinese school, SJKC… and it
was Datuk Seri Najib who give a way but people forget.”, katanya kepada pihak media di sini.
Sementara itu, beliau berpendapat demonstrasi bersiri ‘Bersih’ mempunyai niat jahat yang didalangi parti politik pembangkang.
Menurutnya lagi, itu tidak lebih sekadar agenda politik murahan
mereka berkumpul beramai-ramai dengan melaungkan bersama isu-isu yang
dimanipulasi bertujuan menggangu gugat kestabilan dan keharmonian
negara.
“Sebagai seorang rakyat yang memahami perlembagaan dan undang-undang sekiranya mereka mendapat police permit, di bawah Peaceful Assembly Act, maka pihak polis seharusnya memberi access dan laluan kalau tempat yang dipilih tidak memberi gangguan kepada orang ramai.”
“Berlainan pula dengan mereka (peserta Bersih 4) selalu ada bad intentions, atau niat kurang baik”
“Bersih yang mula-mula dianjurkan oleh Ambiga, Maria Chin dan Anwar
Ibrahim ini pernah ke DBKL untuk mendapat kebenaran mengadakan
perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dengan mendakwa Dataran Merdeka
adalah dataran rakyat, mana boleh macam tu ianya hanya mencemarkan hari
kemerdekaan negara dan kesucian tempat bersejarah buat negara”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment