Monday, September 21, 2015
Pemuda MCA Bahagian ISYTIHAR Putus Hubungan Dengan PERDANA MENTERI, NAJIB RAZAK... Keluarlah Lagi Bagus
Kenapa BERSIH Senyap saja....nampak sangat beri sokongan kepada BERSIH.
Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubbungan dengan Pengerusi BN Datuk
Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat
Bersatu pada 16 September lalu.
Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.
"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan
hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami
buat keputusan (untuk memutuskan huungan)," kata Chia ketika dihubungi
Malaysiakini.
Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan
menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.
Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN. Ketika
ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan
displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.
"Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara".
Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan
Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara
aman tanpa sebarang provokasi.
Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu".
Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment