Monday, September 21, 2015
Ketua Polis Negara Bagi Sebab Khairuddin Ditahan... Nafi PM Guna Polis
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjawab dakwaan Ahli
Parlimen Pokok Sena ,Datuk Mahfuz Omar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak telah mempergunakan polis untuk menangkap Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan.
Dalam satu kenyataan lewat Ahad malam,Kha,id berkata polis memandang
berat dakwaan konon polis diperguna oleh Perdana Menteri untuk tutup
mulut saja saja yang cuba bongkar pasal 1MDB dan penyaluran wang RM2.6
billion ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Katanya Mahfuz sedia maklum bahawa siasatan keatas 1MDB dijalankan bukan
saja oleh polis tetapi juga SPRM,Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.
Khairuddin yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan
ditahan petang Jumaat dan dikenakan reman enam hari untuk siasatan
polis.
"YB Dato Mahfuz Omar juga sedia maklum bahawa proses siasatan belum
selesai dan semua agensi terbabit masih memikul amanah yang
dipertanggongjawabkan keatas mereka."
Menurut Khalid umum sedia maklum bahawa Khairuddin telah pun buat laporan polis berhubung perkara itu.
"Beliau seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan menjalankan siasatan.
"Namun beliau tetap memilih untuk mengunakan saluran perundangan asing
khususnya Britian,Hong Kong,Peranchis dan Amerika Syarikat dengan tujuan
mengenakan tekanan antarbangsa keatas Malaysia.
"Ini jelas merupakan satu tindakan bertujuan mencabar sistem perundangan
Malaysia.mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatandan
mengundang campurtangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
"Tindakan beliau satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara,"katanya.
Khalid memberitahu polis akan menjalankan siasatan terperinci keatas
dakwaan bahawa maklumat yang disalur oleh Khairuddin kepada
agensi-agensi asing adalah palsu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment