Monday, September 21, 2015
Hentikan Pembunuhan, Sekalipun Anjing Terbiar - NGO...Kalau Bawa Penyakit Nak Biarkan Jugak Ke???
GEORGE TOWN : Sekumpulan aktivis haiwan bebas dan badan bukan kerajaan
(NGO) menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghentikan segera aktiviti
membunuh anjing yang dijalankan sekarang di negeri ini.
Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO 'Stop Killing, Start
Vaccinating', Joel Gurprit Singh berkata, membunuh anjing bukan
penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit anjing gila.
Beliau berkata, Lim tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak
anjing gila dan NGO tidak dirundingi sebelum negeri ini memutuskan
untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu
dari merebak.
Bercakap kepada pemberita di sini Ahad semasa tunjuk perasaan menentang
langkah kerajaan itu, Singh berkata kerajaan negeri perlu menyuntik
vaksin bukan membunuh anjing.
"Jika vaksin kekurangan, sebuah NGO global menawarkan untuk menyuntik
vaksin pada anjing-anjing terbiar di Pulau Pinang," katanya.
Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang
Kota Lama dan membawa kad board "Stop killing" (Hentikan Pembunuhan).
Bagaimanapun, Lim Shiang Mey, seorang wakil daripada 'Penang Hope Of
Strays", berkata sekumpulan NGO telah berbincang dengan Lim dan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Shiang Mey berkata, Lim memberitahu kumpulan itu bahawa keputusan
membunuh anjing-anjing itu dibuat oleh jabatan kesihatan persekutuan dan
DVS dan bukan kerajaan negeri.
"Lim memberitahu kami beliau akan menghentikan aktiviti pembunuhan
anjing dengan syarat DVS menyatakan ada cara lain lebih baik bagi
menyekat wabak anjing gila," kata Shiang Mey.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment