Monday, September 21, 2015
TS Khalid Ibrahim Bakal Sertai PAS?
PKR pinggirkan dan ketepikan pemimpin hebat mereka?
1) Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
dipecat dari PKR Ogos lalu, mengakui ada menerima tawaran untuk
menyertai Pas.
2) Bagaimanapun, Khalid berkata beliau masih belum mempertimbangkan
tawaran tersebut kerana mempunyai beberapa perkara untuk diselesaikan
dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
3) Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR,” katanya yang dilapor
Harakah Daily selepas menghadiri Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2
yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pulau
Serai, Dungun dekat sini malam tadi.
4) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga merasakan terdapat ketidakadilan dalam PKR sehingga beliau dipecat.
5) Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan mengosongkan jawatan Menteri Besar Selangor.
6) Saya sedang tunggu keputusan itu. Untuk itu saya kena jaga tatacara
untuk kepentingan politik. Saya akan tunggu dulu,” ujarnya yang juga
Adun Pelabuhan Klang.
7) Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya hadir pada majlis perasmian Harap 3.2 itu.
8) Saya sangat berbesar hati bahawa Pas sudi terima pandangan dan
perhatian saya. Saya rasa perjuangan Pas dapat diteruskan dengan mereka
yang berminat dengan Islam,”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment