Thursday, September 03, 2015
Pemuda UMNO Kecewa Bahasa Melayu Hilang Dari Papan Tanda... Apa Kejadahnya Semuanya Ini
Ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan dan apatah lagi Pasar Seni atau Central market diketegorikan
sebagai kawasan tarikan pelancong.
Sebab itu ramai yang hairan dan terkejut lihat papan tanda premis
tersebut tidak ada bahasa Melayu selain bahasa Inggeris yang dipamerkan
adalah bahasa Cina.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Jefree Zain Affendi, Pasar Seni
adalah identiti, malahan sebahagian daripada institusi sejarah di Kuala
Lumpur.
Di situ masyarakat kota, golongan karyawan, anak muda dan penggiat
budaya cukup sebati dengan nama dan peranan Pasar Seni sejak turun
temurun lagi.
"Apa yang memalit ralat besar adalah apabila saya melihat papan tanda
Pasar Seni baru-baru ini. Tiada sepatah kosa kata atau terjemahan Bahasa
Melayu langsung pada padan tanda berkenaan.
"Adakah pengurusan Pasar Seni sengaja meminggirkan Bahasa Kebangsaan?" katanya kepada Agendadaily.
Katanya, di sebalik segala usaha yang dibuat untuk memertabatkan Bahasa
Kebangsaan, sesetengah pihak seolah-olah cuba mengetepikan, atau
meminggirkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara.
"Walaupun kita menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai lingua
franca dunia, Bahasa Kebangsaan harus dijunjung, didaulat dan dihormati
kerana itu adalah asas identititi kita anak Malaysia," ujar beliau.
Mengulas lanjut, kata Jefree, bahasa kebangsaan mesti didahulukan
sebagai bahasa ilmu, bahasa asas perpaduan sesama kaum dan bahasa
penghantar kita di rantau Nusantara.
"Kita bangsa merdeka jangan alpa dengan pesanan Tunku Abdul Rahman yang
berbunyi: “Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan negara kita
tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian - apa yang boleh saya
ungkapkan sebagai negara yang tidak mempunyai jiwa dan roh,” ujarnya.
Berikutan kejadian itu, Jefree mendesak kerajaan untuk segera menggubal
peruntukan undang-undang baru atau meminda undang-undang sedia ada demi
memperketatkan peraturan wajib menggunakan Bahasa Melayu pada semua
papan tanda di seluruh negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment