Wednesday, September 02, 2015

Pijak Gambar Najib, Hadi Serta Status Mahu Rogol Anak TPM… Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR : Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penganjur perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu kerana mengganggu ketenteraman.

Exconya, Armand Azha Abu Hanifah berkata tindakan peserta perhimpunan memijak gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong kedua-dua parti politik selain merosakkan perpaduan dalam negara yang akan mendatangkan kegusaran dan menyebabkan ketegangan kaum.

“Pemuda mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka ini kerana sudah menanamkan politik kebencian kepada rakyat.

“Mereka pijak gambar Perdana Menteri dan Datuk Seri Abdul Hadi, selepas ini mungkin gambar pemimpin lain yang perjuangkan agam,a bangsa dan tanah air yang mereka pijak,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO berkata, Pemuda UMNO turut membuat satu lagi laporan ke atas Alvin Tan kerana memuat naik status mahu merogol anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi komen mengenai perhimpunan itu di dalam facebook. 
alvin-tan-fuck-rape-rogol-nurul-anak-zahid-tpm-bersih-bersih4-cina-pembangkang

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment