Wednesday, September 02, 2015
Pijak Gambar: Penganjur Bersih 4 Di KL Tidak Perlu Tunjuk Baik…
Ketua Penganjur Bersih 4, Maria Chin
Abdullah dilaporkan telah “menggesa” beberapa individu yang memijak
gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tampil memberi keterangan kepada pihak
polis.
Jika dirujuk pada kenyataan Maria yang
tersiar di laman pro-pembangkang, Malaysiakini, versi laporan itu begitu
“innocent” sekali apabila dibaca dan ia seolah menggambarkan pihak
Bersih itu begitu baik hati, suci dan tulus mulus…
Lebih “poyo” lagi, Maria tanpa rasa segan
silu mendakwa pihaknya tidak menyokong dan langsung tidak dapat
menerima tindakan memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS itu.
“Kita tak sokong tindakan ini dan tak perlu buat begitu.
“Bukan hanya kepada Abdul Hadi dan PM
tetapi kepada sesiapa saja kerana tindakan ini kita tak boleh terima,”
kata Maria kepada media…
Pada pandangan saya, insiden membabitkan
tindakan memijak gambar ini sudah lama berlaku dan budaya biadap itu
berkemungkinan besar diperkenalkan oleh DAP yang sebelum ini memijak
banyak gambar pemimpin yang tidak menyebelahi mereka.
Misalnya, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim
Kit Siang pernah memijak-mijak gambar tiga orang Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Perak kerana enggan lagi bersekongkol dengan kebobrokan
kerajaan “boneka” Nizar – DAP di negeri tersebut.
Malah, banyak lagi gambar pemimpin UMNO
dan Barisan Nasional (BN) yang telah menjadi mangsa kebiadapan puak-puak
Bersih sebelum ini seperti Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan
Yaakob dan ramai lagi.
Saya yakin, sekiranya tidak ada pihak
yang menyedari dan merakam insiden gambar Mohd Najib dan Abdul Hadi itu,
sudah tentu tiada langsung rasa kesal di hati Maria dan Bersih sendiri.
Mungkin mereka sendiri sebenarnya mengalu-alukan tindakan itu di dalam
hati, kan?
Pada pandangan saya, Maria perlu
mencontohi sikap dan pendirian Pengerusi Bersih di Sarawak, Nicholas
Mujah yang bertanggungjawab menghentikan himpunan Bersih di Kuching
disebabkan tindakan keterlaluan pemimpin DAP di sana melakukan provokasi
melampau.
Lebih menarik lagi, Nicholas turut turun
semula bersama-sama peserta himpunan di sana ke lokasi mereka
berdemonstrasi dengan tujuan membersihkan kawasan tapak perhimpunan
selain mengemas semua harta benda awam yang telah mereka gunakan
sepanjang perhimpunan berlangsung.
Padanlah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri
Adenan Satem memberikan lampu hijau kepada kumpulan Bersih di sana untuk
anjurkan himpunan. Sikap dan pendirian mereka jauh berbeza dengan
Pengerusi Bersih di Semenanjung Malaysia rupanya…
Bukanlah saya memuji Nicholas itu bererti
saya setuju dengan desakan Bersih. Namun sikap dan tanggungjawab atas
tindakan mereka itu benar-benar menunjukkan perbezaan yang sangat ketara
dengan penganjur Bersih di sini, bukan?
Pada saya, Nicholas jauh lebih layak menjadi Pengerusi Bersih berbanding Maria.
Seorang wargaegara yang “decent” pada
pandangan saya hanya akan menggunakan platform yang sah, melakukan
aktiviti yang dibenarkan, ada permit berhimpun di lokasi yang dirancang
dan patuh pada undang-undang negara.
Apa yang menghairankan, Bersih yang
dianggotai oleh ramai pengamal undang-undang itulah yang bertindak tanpa
rasa bersalah melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
pihak berkuasa.
Mungkin berhimpun secara aman itu
dibenarkan oleh undang-undang. Namun apakah menganjurkan himpunan yang
tidak terkawal dan mencetus provokasi yang mampu menimbulkan ancaman
huru-hara dan kekecohan dibenarkan undang-undang?
Bagaimana dengan terma “public nuisance”
di dalam sistem perundangan negara? Undang-undang sivil itu boleh
dicabuli sewenang-wenangnya? Mujurlah rakyat di ibu negara itu kurang
pengetahuan tentang “public nuisance”. Jika mereka tahu, teruk jugalah
Bersih hendak menjawab di mahkamah, bukan?
Justeru itu pada pandangan saya, tidak
perlulah Maria atau puak Bersih di Semenanjung Malaysia ini tunjuk baik.
Jika benar baik, himpunan Bersih 4 tidak akan berlangsung di jalanraya
dan mengganggu persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2015 di Dataran
Merdeka. Noktah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment