Thursday, October 15, 2015

Anak Nik Aziz Letak Syarat Untuk Bekerjasama Dengan DAP dan Amanah

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz memaklumkan Pas akan menerima pelawaan PKR yang mahu Pas bersama Pakatan Harapan (PH) jika PKR dapat memastikan DAP dan Amanah menghormati Pas sekiranya parti Islam itu berada dalam gabungan tersebut. 

Nik Abduh berkata, beliau enggan Pas bersama parti gabungan itu jika DAP dan Amanah tidak tahu menghormati parti Islam itu.

Jelasnya, Pas sudah serik menjadi bahan mainan DAP yang sering menghina dan mengkritik pemimpin parti Islam itu, bahkan sering menuding jaring kepada Pas dalam apa jua masalah yang melanda.

Selain itu, bekas pemimpin Pas yang telah menubuhkan parti Amanah telah menunjukkan sikap kurang ajar dengan tidak menghormati Majlis Syura Ulama Pas.

Tambah Nik Abduh, perbuatan pemimpin DAP dan Amanah yang mengkritik Majlis Syura Ulama Pas merupakan satu sejarah baru buat Pas yang telah wujud sekian lama.

“Dalam sejarah Pas selama ini, tidak pernah berlaku Majlis Syura Ulama dikritik secara terbuka oleh pemimpin parti.

“Apabila berlaku tidak menghormati, ahli bertindak balas. Jadi, bagaimana hendak suruh mereka kembali?” kata anak kepada Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

PKR sebelum ini bertegas mahukan Pas bersama Pakatan Harapan walaupun tidak dipersetujui oleh DAP yang telah menganggap Pas sebagai musuh utamanya.

Walaupun PKR tidak mendapat persetujuan DAP, PKR tetap mempelawa Pas untuk menyertai mereka bagi memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malangnya, pelawaan PKR itu ditolak bulat-bulat oleh pemimpin tertinggi Pas yang sudah jemu dengan permainan DAP yang pasti akan terus menghentam parti Islam itu jika terus bersama..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment