Wednesday, October 21, 2015
Berlagak Betul.... Speaker Terima Atau Tidak, Wan Azizah Nekad Kemuka Usul Undi Tak Percaya
Apa kata disuruh kau undi tak percaya pada kau pulak.... Ini lah Manusia Hipokrit Ketua PKR ni...
KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan nekad untuk mengemukakan usul undi tidak
percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun
hasrat untuk ia dibentangkan pada persidangan kali ini adalah tipis.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan
itu dibuat setelah beliau bersama dua pemimpin lain mengadakan
pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Saya bersama dengan beberapa rakan pemimpin telah bertemu dengan Tan
Sri Pandikar sebentar tadi. Ia satu pertemuan yang baik, berlaku dalam
suasana kekeluargaan.
"Isu undi tidak percaya ini telah dibincangkan. Saya akan masukkan usul
ini dalam masa terdekat dan sesuai... media akan dimaklumkan," katanya
pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Turut sama pada sidang media itu adalah ketua Whip PKR Datuk Johari
Abdul dan Naib Presiden parti Tian Chua yang menyertai dalam pertemuan
kira-kira 45 minit dengan Speaker.
Katanya, usul yang belum dihantar itu belum ditolak, justeru beliau tidak mahu berfikir tentang kemungkinan itu.
"Itu (usul ditolak) saya rasa terpulang kepada Speaker.
"Masanya belum tiba lagi, kita tunggu dan lihat, pada masa dan saat yang
sesuai. Sekarang ini biarlah saya katakan pertemuan itu positif dan
saya akan menfailkannya,” katanya.
Mengenai usul undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya
Selatan Hee Loi Sian yang telah diluluskan Dewan Rakyat untuk
dibentangkan pada persidangan kali ini, Dr Wan Azizah berkata, beliau
akan menasihatkan Loi Sian supaya menarik balik usul itu.
Terdahulu, Pandikar telah membuat penjelasan di dewan persidangan
apabila Dr Wan Azizah pada Isnin mengumumkan akan mengemukakan usul undi
tidak percaya yang baharu kepada Parlimen dan usul yang dihantar
sebelum ini akan ditarik balik.
Pandikar berkata, sekali pun ia diterima, ia hanya akan dibahaskan pada persidangan akan datang.
Katanya, usul itu perlu dilakukan mengikut Peraturan Mesyuarat yang
memerlukan ia dilakukan 14 hari sebelum bermulanya prosiding Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment