Thursday, October 08, 2015
Boleh Blahhh Lah.... PKR Kalah Teruk Jika Singkir PAS - Tian Chua
KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama
dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti
dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.
Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral
dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas.
Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14
jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran
kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.
Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi
yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.
“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh
menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada
masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak
pengundi Melayu.
“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment