Sunday, October 18, 2015
DAP Mahu Jadi Hero Batalkan Semua Tol Di Malaysia
Jika berkenaan denga isu berbangkit yang melibatkan kerajaan, bukan main
lagi parti DAP nak tunjuk hero dan tunjuk suci kononnya nak bela
nasib-nasib rakyat di Malaysia ni. Padahal kat belakang bukan main lagi,
secara perlahan-lahan dorang hakis satu persatu hak mutlak orang Melayu
contohnya macam tarik balik dana sekolah agama di Pulau Pinang.
Nak hapuskan semua Tol dalam negara kononnn.., walhal Tol di Penang
sendiri yang diaorang tadbir pun tak mampu nak uruskan, ada hati nak
tunjuk bagus..
Isu yang melibatkan kezaliman parti diaorang boleh pulak dorang buat tak
tahu diam seribu Bahasa. Kalau pasal isu kenaikan harga tol amboiiii
bukan main lagi nak tunjuk hero nak mohon pembatalan kenaikan harga tol.
Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, kononnya nak jadi hero dengan
mencadangkan dan membentangkan usul untuk meminta kerajaan membatalkan
perjanjian dorang dengan syarikat-syarikat konsesi kononnya berat
sebelah hingga membolehkan kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya.
Katanya nak menghentikan kenaikan kadar tol dan kerajaan tak perlu untuk
membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya. Hahaaa.. Lepas tu
tak kan nak biarkan dorang rugi macam tu je?? Sapa nak rugi oii!
Dikesempatan itu, Lip Eng menyeru segala bala tentera dorang untuk
menyokong usul yang bakal dibentangkan di Parlimen ini, itu pun kalau
usul tersebut diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat lah kalau tidak macam
mana nak bahas.
Senang-senang je kan diaorang ni suruh itu ini macam diaorang pulak yang nak
tolong bayarkan... Macam syarikat tu mak bapak diaorang yang punya!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment