Thursday, October 01, 2015
Himpunan Hijau 60K : Harapan Pakatan Harapan Terhadap PAS
Tiada angin, tiada ribut, hanyalah jerebu, tiba-tiba Wan Azizah dan
Salehuddin Ayub membuat kenyataan berkenaan satu lagi siri himpunan yang
bakal mewarnai dunia politik Malaysia; Himpunan Hijau.
Menurut laporan, sehingga kini pihak Pakatan Harapan masih belum menerima sebarang jemputan untuk sertai perhimpunan tersebut.
Himpunan Hijau, juga dikenali sebagai Himpunan 60K (H60K) atau Himpunan
Fastaqim adalah manifestasi PAS dalam menzahirkan kekuatan mereka kepada
pihak lawan terutamanya ke atas Amanah dan mentornya, DAP. Himpunan
tersebut bakal diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru,
Kelantan pada Sabtu 17 Oktober 2015 nanti.
Aneh, kerana kenyataan oleh kedua-dua wakil Pakatan ini seolah-oleh
memberi signal, agar PAS mempertimbangkan “kehadiran” Pakatan Harapan
pada himpunan berkenaan.
Walhal, menurut laporan sebuah akhbar sebelum ini, Sallehuddin Ayub
dilaporkan memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan lebih mudah dibentuk
tanpa kehadiran PAS.
Mengapa tiba-tiba “mengidam” dan termimpi akan Himpunan Hijau anjuran PAS?
Apabila Bersih 4.0 berakhir, seluruh masyarakat bersetuju bahawa
penurunan yang drastik dari pendemo-pendemo berbangsa Melayu setelah PAS
bertegas untuk tidak mengerahkan jenteranya turut serta. Yang ada,
hanya 2 orang wakil parti. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran
bahawa selama ini, PAS adalah penyumbang “keldai” terbesar kepada DAP
dan PKR dalam siri-siri demonstrasi anjuran pro pembangkang.
Lain pula kisahnya dengan DAP, apabila sejumlah yang hadir jelas
mewakili kesepetan mata mereka. Maka, kini cabaran adalah di bahu Wan
Azizah dan Sallehuddin Ayub, dalam usaha untuk menarik sokongan kaum
Melayu terhadap Pakatan Harapan.
Pasti DAP telah memberikan tekanan dalam mencapai matlamat sokongan,
yang akhirnya membuatkan kedua-dua pimimpin pembangkang itu menebalkan
muka, dan menghulurkan “tali silaturrahmi” demi laba politik mereka.
Hangusnya harapan Pakatan Harapan, sehangus jin ifrit yang terbakar
kerna diruqyahkan dengan Ayatul Qursi, apabila himpunan hijau itu nanti
berjaya menghimpunan seramai mungkin pendemo, sekaligus memberi
pembuktian bahawa benarlah PAS yang selama ini menyumbang khalayak. Ia
membawa arti, sesungguhnya tiada lagi kebutuhan untuk bersama Pakatan
Harapan.
Sedang saat itu bakal dinikmati oleh PAS, sebaliknya ia membawa harapan kecewa Pakatan Harapan, patah harapan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment