Wednesday, October 21, 2015
Kata Dua Speaker Dewan Rakyat Pada Kit Siang...
Tunggu dan tengok apa langkah Lim Kit Siang.Speaker Dewan Rakyat Tan Sri
Pandikar Amin Mulia pandang amat serius dakwaan otai DAP bahawa beliau
salahguna kuasa dan sabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) terhadap 1MDB.
Kata dua beliau pada Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu minta maaf tanpa syarat atau hadapi tindakan pengantungan.
Bercakap mengenai perbuatan Kit Siang itu dalam sidang Dewan Rakyat
Selasa,Pandikar kata "sampaikan mesej kepada dia.Jika dia enggan meminta
maaf dan tarik balik kenyataan itu maka satu usul (gantung) akan dibawa
terhadapnya.
"Ini telah berlaku pada ( Ahli Parlimen) Gombak (Azmin Ali), Puchong (
Gobind Singh Deo) and Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Pandikar kata dakwaan itu yang sudah viral di laman media sosial jika
tidak diambil tindakan akan membentuk persepsi negatif masyarakat di
luar.
Antaranya ialah memberi gambaran Speaker takut dan terikat telunjuk
kerajaan serta hanya berani terhadap Ahli-Ahli Parlimen baharu.
Sebaliknya, Pandikar Amin menegaskan bahawa tindakan terhadap Ahli-Ahli
parlimen pembangkang mahupun kerajaan telah dilakukan speaker dewan
sejak sebelum beliau menduduki kerusi speaker pada 2008.
Beliau kata bahawa ‘ruling’ yang dibuatnya tidak ada kena mengena dengan
sebarang situasi politik semasa sebaliknya sentiasa bersandar kepada
peraturan mesyuarat.
Siasatan PAC keatas 1MDB telah terhenti tiga bulan baru-baru ini ekoran
rombakan kabinet yang menyaksikan pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamad
dan tiga anggota lain dilantik ke jawatan kerajaan.
Cuma semalam,Isnin Dewan Rakyat meluluskan lantikan Datuk Hasan Ariffin sebagai Pengerusi PAC yang baru.
Pembangkang mendakwa PAC boleh terus berfungsi tanpa pengerusi waktu itu dan sebaliknya Pandikar kata tidak boleh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment