Thursday, October 15, 2015
Kemasukan Saifuddin Kedalam PKR Akan Menimbulkan Ketegangan Dengan PAS
Kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah kedalam PKR hari ini dilihat sebagai
salah satu usaha beliau untuk kekal relevan didalam arena politik
Malaysia. Beliau dilihat bukan orang asing didalam PKR memandangkan
penglibatan awal beliau dalam penubuhan parti ini kira-kira 13 tahun
lalu.
Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya beliau muncul untuk
bertanding di kerusi Parlimen Temerloh menerusi tiket Barisan Nasional
pada Pilihanraya Umum yang lalu. Lawan yang ditentang oleh beliau bukan
calang-calang, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, bekas Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat.
Namun demikian, walaupun bertanding di kampung halaman beliau sendiri,
semua itu tidak membantu beliau untuk memenangi kerusi berkenaan. Beliau
tewas ditangan Nasrudin dengan keputusan majoriti 1,070 undi. Ini
menjadikan usaha beliau untuk kembali kedalam UMNO Pusat menemui
kegagalan dan tertewasnya beliau di Temerloh telah menimbulkan sedikit
rasa kurang senang beeliau terhadap Nasrudin.
Beliau sedar, keputusan pilihanraya berkenaan jelas menyekat kemaraan
beliau didalam UMNO kerana tidak mungkin Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak akan mengizinkan semula beliau bertanding
dikawasan berkenaan dalam usaha beliau merampas semula kerusi Parlimen
berkenaan.
Atas perkiraan politik, beliau memilih untuk menyertai PKR berbanding
PAN kerana pada perkiraan beliau, PKR mampu menyumbangkan sesuatu dalam
misinya untuk merampas semula kerusi berkenaan dari Nasrudin. Perkiraan
ini nyata tidak menyenangkan PAS apatah lagi Nasrudin memandangkan PKR
sejak akhir-akhir ini begitu beriya-iya mahu PAS bersekutu dengan
mereka.
Saifuddin sudah tentu enggan mengalah andai PAS memintanya untuk
bertanding ditempat lain andai gabungan PAS dan PKR ini berjaya. Begitu
juga dengan Nasrudin yang dilihat kini begitu selesa di Temerloh.
Satu-satunya jalan bagi PKR terutamanya Datuk Seri Anwar membalas jasa
rakan karibnya ini adalah dengan meletakkan beliau di kerusi bandar.
Apa yang diharapkan Saifudin sebenarnya adalah kembali menguasai salah
satu kerusi Parlimen yang akan ditandingi PKR pada Pilihanraya Umum yang
akan datang. Beliau telah lama berada didalam UMNO dan pastinya beliau
akan mengolah cerita bagi menggambarkan keburukan UMNO andai diberi
peluang bertanding kelak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment