Wednesday, October 21, 2015

Macam Tu Sekali.... Parti Mat Sabu Mengadap Yusuf Al-Qaradawi Untuk Dapat "Sijil Halal"

PAN mengambil langkah berani bertemu dengan beberapa tokoh pejuang Islam di luar negara demi untuk mensucikan perjuangan mereka agar di letakkan sebaris dengan PAS dalam kategori kononnya parti politik yang berlabel 'Islamik'.

Timbalan Presiden Parti Mat Sabu, Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.

“Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS,” kata Salahuddin.

Bekas naib presiden PAS itu juga berkata PAN berbincang dengan Al-Qaradawi berkaitan “kejelasan fikrah Islam” kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya.

“Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam,” katanya lagi.

AMANAH dalam usaha melobi untuk memperkenalkan parti Islam baru itu di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan gerakan Islam antara 13 hingga 18 Oktober lalu.

Selain Salahuddin dan Mujahid, turut menyertai mereka Timbalan Penasihat Umum Parti Mat Sabu, Abdul Ghani Shamsuddin dan Bendahari Asmuni Awi.

Misi mereka bermula dengan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober, yang menjelaskan kenapa PAN perlu wujud dalam persada politik Malaysia.

“Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai PAN,” kata Salahuddin.

Manakala dalam pertemuan dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, setiausaha agung Ikhwanul Muslimin itu mencadangkan supaya usaha mencapai persefahaman di kalangan parti politik Islam, termasuk PAS digerakkan.

Semua itu supaya politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia, kata Salahuddin memetik pesanan Ibrahim.

Justeru, kata Salahuddin, Parti Mat Sabu terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan umah.

“PAN juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan PAN dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya,” katanya.

Parti Mat Sabu terpaksa mengambil langkah itu selepas di kalangan akar umbi PAS berpegang kepada kenyataan Yusuf Al-Qaradawi kepada Presiden PAS Hadi Awang sebelum ini.

Pemuda PAS Kuala Selangor dalam status Facebook mereka - “Petikan ucapan Ayah Chik (Hadi): Haram tubuh parti Islam selagi PAS masih ada: Dr Qaradawi ”.

Tulisan itu antaranya menjelaskan, Qardawi menghubungi Hadi untuk mendengar sendiri pendapatnya perihal parti Islam baru di Malaysia.

“Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Al-Qaradawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada.

Benarkah adanya perjumpaan dengan Yusuf atau sekadar rekaan cerita untuk mendapat 'sijil halal'? Tiada gambar pertemuan disertakan di mana-mana portal pro pakatan haram untuk meyakinkan ahli.

Pemerhati politik melihat parti Mat Sabu sudah mempunyai modal kewangan yang besar kerana mampu menghantar pemimpin kemana sahaja di dunia ini untuk pengukuhan jenama parti serpihan ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment