Sunday, October 18, 2015
MalaysiaKini Ceritanya Hanya SPIN Memang Bebal Betul Akbar PR Ni... Porak Peranda Betullah!!!
Himpunan Hijau Fastaqim (H60K) yang diadakan di Stadium Mohamad IV Kota
Baharu hari ini adalah lainnya tidak hanya mahu menunjukkan bahawa PAS
masih kuat tanpa Pakatan Rakyat atau kini Pakatan Harapan.
PAS telah ditinggalkan oleh rakan pakatan mereka semasa PRU 12 dan 13
yang lalu dan kini PAS sudah bersendirian mahu menuju Putrajaya pada PRU
ke 14 nanti.
Dikatakan dengan sokongan orang muda yang makin meningkat PAS masih
berharap mendominasi perjuangan mereka ke Putrajaya walaupun tanpa
rakan-rakan dari DAP,PKR dan Amanah.
Himpunan H60K hari ini menunjukkan bahawa PAS tidak selemah yang
dikatakan oleh DAP dan PKR selama ini dan pada sebelah petang tadi
Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal
mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada
hadirin.
Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim.
Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang
kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata,
‘Merah tidak apa, jangan oren’.
Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas yang hadir.
Untuk rekod oren merupakan warna rasmi bagi parti Amanah, manakala merah
menjadi warna tema yang digunakan peserta himpunan bangkit Melayu di
Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan Fadhli Shaari ketika ditemui
berkata, setakat jam lima petang, sambutan dari ahli Pas amat baik.
"Insya-ALLAH malam ini penyokong akan memenuhi stadium,"katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment