Wednesday, October 21, 2015
Muka Tidak Tahu Maluuuu..... Wan Azizah Nak Ulang Tayang Drama 16 September di Parlimen...
Ingat balik kisah 16 September 2008 tidak lama selepas pilihanraya umum
ke 12 .Seluruh negara dibawa menonton drama konon 30 Ahli Parlimen BN
nak lompat masuk dalam kolam pembangkang.Gempak yang berlegar waktu itu
kerajaan BN sudah nyawa ikan dan akan tumbang.
Hari ini kerajaan BN tetap berdiri teguh. Pelakon utama dalam drama tidak
menjadi itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang berehat
dalam penjara kerana didapati bersalah main belakang pembantunya.
Pada 20 Oktober 2015 isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula
mengambilalih watak utama itu untuk menerajui drama baru yakni untuk
membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak di Parlimen.
Cuma beza sikit kali ini Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh
itu terpaksa jadi bidan terjun memegang watak berat itu hasil
persetujuan di mesyuarat pimpinan Pakatan Amanah yang diadakan di
pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen Selasa.
Ini setelah rakannya,DAP tidak setuju usul itu dibawa Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan,Hee Loy Sian.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menilai 'macam main guli' jika usul
besar itu dibawa oleh Ahli Parlimen PKR yang lighweight itu.Jadi mereka
mahu orang yang bertaraf presiden parti yang main peranan itu.
Hee Loy Sin sudah setuju untuk tarik balik usulnya yang telahpun
disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara
secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, pada
hari Isnin, 19 Oktober 2015.
Kisah hendak buat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ini bukanlah baru.
Puak pembangkang sudah memekak mengenainya lama sebelum sidang Dewan
Rakyat sesi ini bermula. Sebab itu Hee Loy Sin tampil lebih awal
mengemukakan usulnya.
Ini semua untuk ambil kesempatan dicelah sentimen isu 1MDB dan wang
derma RM2.6 billion dari individu Timur Tengah yang masuk ke akaun
Perdana Menteri.
Kalau nak dibandingkan dengan drama 16 September,usul undi tidak percaya
yang hendak dikemukakan oleh Wan Azizah tidak ada apa bezanya.
Kedua-duanya mengharapkan sokongan kalangan Ahli Parlimen BN agar ia berjaya.
Dalam Parlimen sekarang ada 222 kerusi.BN ada 134 kerusi.Pembangkang 87 dan Bebas ( Tan Sri Khalid Ibrahim) 1.
Fakta yang Wan Azizah dan rakan sewaktunya pun tahu mereka memerlukan
sekurang-kurangnya 113 Ahli Parlimen menyokong usul undi tidak percaya
untuk tolak Najib.
Ini bermakna mereka perlu tarik sekurang-kurangnya 25 orang Ahli Parlimen BN untuk undi menyokong usul itu.
Tanyalah kalangan pemerhati politik mengenai kemungkinan itu.Kalau ikut
situasi yang ada pada hari ini Wan Azizah juga sedang bermimpi di siang
hari macam suaminya Anwar dulu untuk mendapat angka yang diharapkan.
Kecuali satu dua Ahli Parlimen BN yang kritikal dalam membuat kenyataan
mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 billion,lain-lainnya tidak nampak
goyang dalam sokongan mereka pada Najib.
Rata-rata menaruh keyakinan pada usaha kerajaan menangani isu 1MDB dan
menunggu hasil siasatan rasmi mengenainya.Perdana Menteri sendiri telah
meminta tempoh enam bulan untuk hal ini.
Bukan saja orang luar malah ikut ceritanya kalangan pimpinan pembangkang
sendiri tidak nampak sebarang cahaya dihujung terowong mereka boleh
dapat sokongan kalangan Ahli Parlimen BN.
Tidak kurang menarik ialah Pakatan jenuh menagih agar PAS turut sama
menyokong usul itu.Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang setakat ini
belum lagi bagi komitmen itu.Katanya PAS hendak tunggu dan lihat dulu.
Namun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa kalangan Ahli Parlimen PAS kata setuju dalam pertemuan dengan Wan Azizah.
Lim Guan Eng pula nampak kurang senang dengan sikap PAS yang dakwanya
tidak jelas dalam soal usul undi tidak percaya ini.Malah ketika ditanya
wartawan beliau meminta tanya sendiri pada Haji Hadi.
Soalnya kalau sudah siang-siang nampak tidak boleh apa perlunya usul
undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu hendak diteruskan?
Rasanya budak sekolah darjah satu yang tidak faham politik pun boleh
agak.Ini tidak lebih dari ' hu ha' perang saraf pembangkang untuk bikin
riuh saja.
"Bodoh sangat pembangkang kalau duduk diam peluk tubuh tidak ambil
peluang.Lagipun itu sudah kerja pembangkang.Janji buat bising,"kata
seorang pemerhati.
Seperti juga gempak 16 September,Anwar boleh buat muka sardin macam tak
ada hal bila tak jadi, apa sangat pasal usul undi tidak percaya ini.
Lagipun jelas usul yang hendak dikemukakan oleh Wan Azizah ini sudah
pasti tidak akan disenaraikan dalam urusan mesyuarat pada sesi sidang
Dewan Rakyat sekarang.
Kalau ia diterima pun usul itu akan masuk dalam urusan mesyuarat pada sidang Dewan Rakyat akan datang pada bulan Mac 2016.
Speakar Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudahpun menjelaskan
sebarang usul hendaklah dikemukakan 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat
bermula.
Katanya sekiranya Wan Azizah hendak meneruskan usul itu dan sekiranya ia
diterima,ia cuma akan dimasukan dalam urusan mesyuarat akan datang dan
bukan sekarang.
Sesi sidang Dewan Rakyat sekarang yang bermula Isnin akan berakhir 3 Disember.
Seperti diduga,Wan Azizah sudah pun kata beliau tetap nak teruskan kemukakan usul itu.
Namun Wan Azizah pun tahu sekalipun diterima dan masuk dalam urusan
mesyuarat sesi sidang Dewan Rakyat akan datang,usul itu belum tentu
dapat dibentangkan untuk undian.
Ini kerana ikut peraturan sidang Dewan Rakyat semua usul urusan kerajaan
harus dibereskan dulu barulah usul persendirian boleh dibentang.
Contohnya usul persendirian Haji Hadi mengenai Hudud masih belum beres
sampai hari ini sekalipun sudah disenaraikan dalam sesi sidang Dewan
Rakyat lalu.
Kata orang paling tidak Wan Azizah bolehlah main politik jadikan usul
undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu modal ' tunjuk garang'
di pentas ceramahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment