Monday, October 19, 2015
Padan Mukanya.... Dewan Rakyat : Gobind, Lip Eng Diarah Keluar
KUALA LUMPUR : Hanya beberapa jam sebaik bermulanya hari pertama sidang
Dewan Rakyat, dua Ahli Parlimen pembangkang, masing-masing Gobind Singh
Deo dan Lim Lip Eng diarah keluar kerana ingkar arahan.
Yang Dipertuan Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan
arahan tersebut setelah anak mendiang Karpal Singh itu yang juga Ahli
Parlimen Puchong bangun dan mempertikaikan keputusan Speaker menolak
usul Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Lip Eng (DAP-Segambut).
Gobind ketika ditemui di lobi dewan berkata arahan keluar oleh Pandikar
Amin adalah tidak wajar kerana beliau hanya bangun untuk meminta
penjelasan mengenai penolakan pembahasan usul tergempar oleh dua rakan,
Lip Eng dan Teresa.
"Ini adalah sesuatu yang memalukan, apatah lagi ia berlaku pada hari pertama persidangan.
"Saya hanya bangun dan meminta Speaker memberi penjelasan mengapa dua
usul tergempar itu ditolak dan sepatutnya beliau memberi penjelasan dan
alasan usul tersebut ditolak," katanya.
Kekecohan di dalam Dewan bermula apabila Kok bangun dan mempertikaikan
keputusan Pandikar Amin menolak usul tergemparnya untuk membahaskan
mengenai kehilangan tujuh murid Orang Asli di Gua Musang.
Pertikaian timbul apabila usul tergempar mengenai kenaikan tol yang
dikemukakan Lip Eng turut ditolak dengan alasan terdapat usul lain akan
dibahaskan, iaitu usul yang dikemukakan Teresa.
"Persoalan timbul apabila pada hari ini kami mendapati kedua-dua usul
kami telah ditolak dan tiada usul tergempar akan dibahaskan pada hari
ini.
"Saya hanya bangun minta penjelasan dan minta Speaker mempertimbangkannya semula," katanya.
Terdahulu, sebelum arahan dikeluarkan, Pandikar Amin berkata, penolakan
usul itu dibuat kerana ia adalah isu yang 'tidak perlu disegerakan'.
Katanya, keputusan yang dibuat tidak boleh ditarik balik.
Bagaimanapun, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati Gobind dan Lip
Eng yang membawa kepada suasana tegang kira-kira 15 minit.
Tindakan Gobind yang terus bercakap dan tidak mahu duduk walaupun
diarahkan berbuat demikian berkali-kali telah menyebabkan Speaker
menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 Dewan Rakyat dan mengarahkan
kedua-duanya keluar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment