Wednesday, October 07, 2015
'Pakar TPPA Segera' : Anak-Anak Siapalah Mereka Ini..?
EDITOR MENULIS...
7 OKTOBER 2015
Hendak marah pun ada, hendak ketawa pun ada. Itulah yang saya rasa
sejak semalam apabila kecoh diperkatakan tentang Perjanjian Perkongsian
Trans Pasifik atau lebih dikenali sebagai TPPA. Kecoh itu berlaku sejuru
selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri
Mustafa Mohamed mengumumkan perbincangan mengenai TPPA sudah tamat.
Saya tidak faham sama ada mereka-mereka ini bodoh atau tidak. Hendak
dikatakan bodoh, mereka marah saya pula nanti. Tapi apa perkataan
yang agaknya sesuai untuk mereka yang tidak tahu, tapi berlagak macam
tahu? Bodoh? Jahil? Atau bodoh sombong?
Namun itulah yang berlaku apabila ramai yang terpengaruh dengan dakwaan
kononnya TPPA sudah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia. Lebih
menggelikan hati lagi, mereka mendakwa Malaysia telah dijual oleh
kerajaan kerana telah menandatangani TPPA!
Dalam satu keadaan semalam, ada saya bertanya pada pihak yang
menyebarkan dakwaan itu apakah mereka tahu dan faham apa itu TPPA?
Mereka gagal! Apa yang mereka tahu ialah TPPA adalah satu perjanjian
'menjual Malaysia'. Itu saja jawapan mereka tanpa sebarang fakta.
Saya enggan menjelaskan apa itu yang dimaksudkan dengan TPPA dalam
penulisan ini. Ia disebabkan TPPA yang diberitahu sebelum ini telah pun
dibawa ke meja rundingan oleh Mustafa bagi membawa suara-suara pihak
yang memberi pandangan, bantahan, penambahbaikan dan sebagainya ke meja
rundingan.
Justeru itu, TPPA 'versi lama' itu pada penulis sudah 'obsolete'. Untuk
tahu makna 'obsolete', sila cari sendiri. Dalam erti kata mudah, saya
sendiri belum tahu apa itu TPPA kerana Menteri berkenaan belum lagi
membentangkan hasil rundingan beliau di luar negara itu. Bukan saja
belum dibentang, malah laporannya juga belum disiapkan!
Sekiranya laporan hasil rundingan TPPA itu belum dibentangkan, bagaimana
untuk kita diberitahu tentang isi kandungan TPPA yang baru itu?
Paling penting, TPPA ditegaskan Mustafa bahawa ia perlu menjalani
pelbagai proses sebelum dibuat keputusan mengenainya. Maksud beliau, ia
akan mengalami prosedur biasa yang menjadi amalan bagi sebuah negara
demokrasi berparlimen untuk menentukan polisi negara.
Dari itu, ia mestilah menjalani proses 'public bill'. Proses ini
melibatkan sesuatu laporan itu dibawa kepada pengetahuan umum yang
merujuk pada rakyat yang menjadi warganegara sesebuah negara itu untuk
memahami apa yang terkandung di dalam cadangan tersebut.
Setelah mengumpul pandangan dan pendapat dari umum, maka ia akan
dibentangkan di dalam Parlimen. Ketika proses itu, ahli-ahli parlimen
yang merupakan wakil rakyat dari kawasan masing-masing akan berbahas,
berbincang, bertekak dan bertegang urat berdasarkan suara rakyat yang
mereka wakili. Begitu juga ahli-ahli Dewan Negara yang turut akan
membahaskan 'public bill' itu.
Setelah puas bertekak dan berbahas di dalam dewan yang mulia itu,
barulah keputusan akan dicapai di mana proses mengundi akan berlaku dan
dikendalikan oleh Speaker Dewan Rakyat atau Timbalannya. Jadi, keputusan
itu adalah sama ada tidak menandatangani TPPA atau setuju untuk
menandatanganinya.
Walaupun sudah bersetuju dan Dewan Rakyat meluluskan untuk
menandatangani TPPA, ia belum lagi berakhir selagi kertas penjanjian
tersebut tidak tandatangani. Bak kata Abdul Wahub pada bapa mertuanya,
belum 'sign' belum boleh panggil 'anakanda', faham?
Maka sebab itulah saya rasa marah dengan kebodohan dan kejahilan
bertingkat-tingkat sesetengah makhluk yang berlagak pandai tapi bodoh
itu. Sekarang siapa yang malu? Mereka dan ibu bapa mereka juga, kan?
Ramai nanti yang akan bertanya, 'anak siapakah yang bodoh itu?'.
Saya faham mereka 'keyboard warrior'. Tapi kalau mahu jadi 'keyboard
warrior' sekalipun, jadilah 'keyboard warrior' yang benar-benar pandai,
bijak, berilmu dan kaya dengan fakta yang benar. Ini tidak. Sekejap jadi
'pakar ekonomi', sekejap jadi 'pakar saham', sekejap jadi 'mufti',
sekejap jadi 'pakar jerebu'. Paling menarik, mereka jadi 'pakar
politik', bila ditanya apa makna 'politik', satu haram pun tak tahu!
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment