Sunday, October 18, 2015
PAS Mungkin Tidak Sokong Usul Tak Percaya Terhadap Najib
Pas belum menyatakan secara jelas sama ada mahu menyokong atau menolak
sekiranya usul undi tidak percaya dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam sidang parlimen bermula 26 Oktober ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya ingin melihat dahulu usul tersebut sebelum membuat ketetapan.
“Kita tunggu dan lihat apa yang kewajarannya, pernah usul ini beberapa
tahun lalu dibawa,”katanya semasa sidang media selepas Program Himpunan
Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.
Program itu dikatakan berjaya mengumpul lebih 100 ribu penyokong dari seluruh negara.
Sementara itu, Hadi ketika ditanya adakah wajar usul itu itu dibawa, Ahli Parlimen Marang itu berkata, “kita lihat hujah mereka”
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas tidak menolak kemungkinan
akan menambah bilangan calon sama ada di peringkat Dun dan Parlimen
dalam PRU 14.
“ Kita akan tambah kerusi dan tambah kemenangan,”katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment