Sunday, October 25, 2015

Pembangkang Hilang Punca Akibat Bajet 2016 - Cuba Alih Perhatian Kepada Isu Dana RM 2.6 Bilion

Di akhir pembentangan Bajet 2016 oleh DS Najib, pihak Pembangkang bangun dan menunjukkan poster "Mana RM2.6 Bilion?".

Apa kena mengena 2.6 Bilion dgn Bajet? Kenapa tidak tunjuk dokumen Bajet Pembangkang yg ditempelak oleh Najib kerana turut mencadangkan kaedah GST bagi meningkatkan hasil pendapatan negara? Begitulah hipokritnya pembangkang kerana menjilat ludah sendiri yang sebelum ini kuat menentang GST.

2. Lambat laun mereka akan tahu tinggi rendahnya langit bila Akta Dana Pembiyaan Politik dibentangkan di Parlimen. Pembangkang dicabar untuk menyokongnya nanti kerana lantang mengkritik UMNO mengenai dana politik. JKMPP (Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Pembiyaan Politik) dengan 25 anggota telah pun diumumkan. Diharap Kerajaan akan segera membentangkannya di Parlimen agar pembangkang tidak berterusan membohongi rakyat.

3. Dari segi undang undang menerima derma bukan satu jenayah dan jumlah derma tidak dihadkan. Tuduhan palsu Wall Street Journal bahawa DS Najib mencuri USD700 Juta daripada 1MDB ternyata fitnah kerana telah dinafikan oleh Bank Negara dan SPRM yang membuat penyiasatan. Semua parti politik di negara ini menerima dana politik daripada dalam dan luar negara. Dan kesemua parti politik berkenaan juga tidak pernah mendedahkan status dana politik mereka sama ada dalam akaun tahunan dan kepada Jawatankuasa Pusat parti mereka.

4. Sebenarnya DS Najib menerima dana politik dari dermawan Timur Tengah. Ia dimaklumi oleh Bank Negara dan SPRM. Bahkan Bank Negara sendiri yg menasihatkan supaya ianya dimasukkan dalam akaun peribadi DS Najib di AmBank dgn jaminan kerahsiaan sepenuhnya. Akaun di Ambank itu adalah akaun serba guna yg diuruskan oleh kakitangan yg dipercayai. Dana itu pula untuk kegunaan aktiviti politik, sosial dan kemasrakatan.

5. Tun M pula tidak membenarkan DS Najib akses kepada wang yang dipegang oleh proksi UMNO selagi Najib tidak mahu menuruti kehendak dan permintaannya terhadap beberapa perkara yang melibatkan kepentingan beliau. Tun M sebenarnya masih menguasai proksi proksi tersebut. Itulah faktor kenapa Najib terpaksa mencari dana politik melalui sumber derma lain termasuk daripada dermawan Timur Tengah tersebut.

Justeru Pembangkang jangan hipokrit mengenai dana politik ini. Tunggulah bila Akta Pembiyaan Politik itu dibawa ke Parlimen nanti. Jangan pula tidak menyokongnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment