Monday, October 19, 2015
PM Naik Atas Undi Tidak Percaya Akan DiturunKan Cara Yang Sama Juga
Nampaknya cara yang kotor akan dilakukan terhadap kepimpinan negara.
Dikatakan usul undi tidak percaya tidak kira lah usul nombor yang
keberapa, dan tidak kira juga sama ada akan berjaya di bahaskan dan
diundikan atau tidak , namun ia tetap menjadi satu “precedent” pada
pemerintahan negara dan cara mana ia boleh dilaksanakan.
Kehendak mantan Perdana Menteri Tun Mahathir sudah sampai ke tahap
desperado, kerana beberapa kali cubaan melalui kerja licik dan hubungan
cara sulit dengan orang atasan agensi kerajaan yang terhutang budi dan
juga boleh dirundingkan masih belum berjaya menumbangkan Perdana
Menteri yang enggan menjadi “pak turut” kepadanya.
Jika di zaman Abdulah Badawi ia mudah dilakukan atas sebab ia pertama
kali dilakukan dan ramai masih belum dapat membaca masterplan Tun
Mahathir, namun kali ini ia menjadi lebih sukar kerana watak yang ada
pada pihak Tun Mahathir ketika itu sudah pun dapat membaca permainan
mantan itu atas kehendak peribadi yang berselindung.
Jadi atas sebab itu kebanyakan KB dan pemimpin UMNO menutup pintu
untuk menyahut seruan Tun M. Hanya kali ini mereka tidak “all out” untuk
mengaibkan dan memalukan Tun M kerana memahami perasaan kebanyakan
rakyat yang “tidak faham”.
Bagi Tun Mahathir pula , dia sangat berharap kerja menghina dirinya
diadakan kerana mahukan simpati itu menjadi sokongan kepada beliau.
Atas sebab tidak mendapat sambutan dari KB dan MP UMNO maka jalan
lain dan kotor pula dicari oleh pihak mantan Tun M, ia itu menggunakan
pihak musuh kepada parti UMNO pula.
Walaupun mendapat sambutan dari pembangkang namun ia bukan sokongan genuine atau pun sokongan ikhlas.
Pembangkang akan sentiasa sahut dan sokong siapa sahaja yang mahu
menjatuhkan kepimpinan UMNO dan melayu dan peluang inilah yang mereka
tunggu.
Makanya kelihatan sebagai PM itu sememangnya layak untuk diturunkan dan bukan kerana dia musuh pembangkang.
Hatta , kita tunggulah usul undi tidak percaya itu nanti jika pun berjaya dibahaskan.
Dalam pada semua ini , ramai tidak terfikir akan implikasinya jika PM dari UMNO ini tumbang cara ini.
Ia akan menjemput keadaan huru hara kerana bukan soal yang tumbang itu, tetapi soal yang “ganti” itu juga satu masalah.
Kerja tawar menawar serta bida membida akan berlaku.
Jika Tun M berkata “jika Najib masih PM lagi UMNO dan BN akan kalah
pada PRU14 akan datang”. Di sini lah kuncinya di mana parti seperti DAP
tidak akan jadi bodoh mahu membantu menaikan PM yang akan memenang kan
PRU14 untuk BN dan UMNO.
Jadi atas sebab ini lah parti seperti DAP hanya akan sokong dan beri
undi pada separuh jalan sahaja, ia itu menumbang kan Presiden UMNO
tetapi tidak akan sampai mahu membantu UMNO pilih Presidennya.
DAP dan komponen pembangkang akan memastikan mereka akan masuk ambil kesempatan pada UMNO yang terpecah dan tumbang ini.
Maka satu lagi pusingan huru hara akan berlaku kerana masing masing menyata kan mereka ada saham pada kejatuhan PM UMNO itu.
Lanjutnya adalah satu siri keadaan tidak stabil dan huru hara, maka
kerja bida membida dan usul mengusul akan terjadi untuk menaikan PM
pilihan masing masing.
Apakah DAP sebodoh yang disangka mahu lepas peluang setelah berjaya menjatuh kan PM dari UMNO itu?
Mereka akan mahu saham kuasa juga, maka mereka akan usulkan calon
melayu mereka dan UMNO yang (jika Berjaya ) tumbangkan akan juga mahu
calon penggantinya.
Oleh sebab sudah ada pengalaman dan sudah tahu cara baru jatuhkan
Perdana Menteri, maka kerja melobi undi tidak percaya pula akan
dilancarkan oleh DAP jika calon sesuai mereka tidak dapat dinobatkan.
Tentu mereka tidak mahu calon “kuat” dan boleh “menangkan” UMNO
menggantikan Najib, tentu ini kerja bodoh , turunkan untuk bantu UMNO
kuat. Tidak masuk akal.
Bagi pihak tewas yang menyebelahi Presiden UMNO yang jatuh itu ,
mereka juga melancarkan kempen mahu menaikkan calon pengganti. Kerana
pernah berkuasa maka mereka tidak mahu disisih dan miliki dana dan saki
baki penyokong.
Negara kita akan jadi seperti Thailand, merah naikkan kuning turunkan, kuning naikkan merah turunkan.
Di Malaysia pun sudah mula akan hal ini , ia bermula dengan demo warna kuning di susuli dengan tindak balas baju merah.
Jika konon nya rakyat Malaysia sebuk memperli kejatuhan ringgit,
kenaikan harga barang dan susut harga bursa saham, kali ini , mereka
lah juga penyebab nya, malah akan lebih teruk lagi.
Semua nya bermula dari individu beragenda peribadi.
Yang lain cuma menumpang sahaja, namun akibatnya dirasai semua.
Inilah bala jika sistem sedia ada tidak dipatuhi.
Apa salah tunggu waktu nya nanti pilih lah siapa sahaja, ini tidak,
mahu pula ikut sangat agenda orang yang terasa umurnya tidak panjang,
tapi memilki hasrat peribadi yang tiada penghujung, akhirnya pihak ambil
kesempatan turut sama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment