Friday, October 16, 2015
Presiden PKR Sambut Orang Tewas.... Bawa Masalah Nanti...
“Ya, dia (Saifuddin) menyertai kami,” kata seorang pemimpin kanan PKR kepada portal itu yang tidak dinamakan.
Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dijadualkan mengumumkan keahlian Saifuddin itu tengah hari esok.
Sumber parti memberitahu portal itu bahawa Saifuddin bakal memainkan
peranan penting dalam pakatan pembangkang yang baharu ditubuhkan,
Pakatan Harapan.
“Rancangan sedang dibuat untuk melantik Saifuddin sebagai setiausaha
eksekutif kepada Pakatan, yang juga dianggotai DAP dan Parti Amanah
Negara,”lapor portal itu.
Bagaimanapun, perkara tersebut tertakluk kepada pengesahan daripada kedua-dua parti rakan itu.
Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Moderat Global
(GMM) baru-baru ini telah diberikan surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana
menyertai dialog yang melibatkan parti pembangkang yang membawa kepada
pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September lalu.
Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13), Saifuddin, calon Barisan
Nasional gagal mempertahankan kemenangan di Parlimen Temerloh apabila
beliau dikalahkan oleh calon PAS, Nasruddin Hassan dengan majoriti 1,070
undi.
Selepas itu, beliau juga turut gagal mempertahankan jawatan Timbalan
Ketua UMNO bahagian Temerloh apabila dikalahkan oleh pencabarnya, Nor
Azmi Mat Ludin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment