Sunday, October 18, 2015
Saifuddin Salah Faham Erti ‘HIJRAH’
Hijrah adalah satu peristiwa besar dalam tamadun Islam. Ketika zaman
Makkah, Islam tidak memiliki kekuatan, malah umatnya ditindas oleh
golongan musyrikin.
Namun, selepas peristiwa hijrah, Islam muncul sebagai satu kuasa besar yang memiliki kerajaan di negara Madinah.
Peristiwa hijrah adalah satu titik penting perubahan fasa dalam tamadun
Islam daripada keadaan yang tidak baik, berubah menjadi lebih baik.
Inilah satu perkara penting dalam memahami konsep hijrah berpandukan petunjuk Sirah baginda SAW.
Konsep ini didapati berbeza dengan apa yang disebut oleh bekas pemimpin
UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengumumkan penyertaannya ke dalam
PKR semalam.
“Ini adalah keputusan besar bagi orang kecil bagi saya. Ia juga sebagai hijrah kecil buat saya,” katanya.
BACA : ‘Hijrah kecil’ ke PKR, kata Saifuddin Abdullah
PKR bukan satu platform yang lebih baik berbanding UMNO.
Banyak kontroversi yang berlaku dalam PKR, antaranya ialah Langkah
Kajang dan penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim, melalui fitnah yang ditaburkan.
Ini menunjukkan kuatnya amalan fitnah dalam PKR dan mereka yang melakukannya tidak pula takut kepada Allah.
BACA : Penyakit ‘fitnah’ pecah-belah Islam, Melayu
Selain itu, setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, PKR tidak
menonjol dalam memperjuangkan isu-isu rakyat sama ada pada peringkat
negeri mahupun kebangsaan. Sebaliknya, DAP dan PAS lebih banyak
mendominasi pentas politik negara.
Saifuddin juga menjelaskan dalam tulisannya bahawa beliau mahu melakukan
reformasi institusi dengan memperbaiki dasar-dasar awam seperti menukar
dasar berasaskan kaum (race based) kepada dasar berasaskan keperluan
(need based), demi menjadikan Malaysia sebuah negara ulung yang makmur
dan bahagia.
Reformasi ini (migrasi dasar race based kepada need based) secara umum
menyeru kepada penghapusan kuota Melayu dan Bumiputera yang akan
menjejaskan bangsa majoriti di negara ini.
Kesimpulannya, tidak ada perkara baharu yang diperjuangkan oleh
Saifuddin. Beliau hanya bertukar bendera parti semata-mata, tanpa
wawasan dan cita-cita politik yang lebih segar untuk memimpin negara.
‘Hijrah kecil’ Saifuddin tak ubah seperti keluar tong najis, masuk ke tong najis lain. Tak ada yang baru.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment