Thursday, October 01, 2015
Selepas Penubuhan Pakatan Harapan, PKR Mula Naik Tocang
Selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan tanpa PAS pada 22 September lalu,
PKR kini dilihat sudah mula naik tocang.
“Setelah PKR menghalau PAS keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan Pulau
Pinang, kini dengar ura-ura PKR mahu menghalau PAS keluar dari Kerajaan
Selangor pula.
“Nampaknya PKR dan AMANAH benar-benar gila jawatan dan kuasa,”kata facebooker pro PAS, Mohd Zubit Lebai.
Semalam, blogger jawaber6 melaporkan mesyuarat PKR Cabang Sungai Besar
menyokong usul Pakatan Harapan yang mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai
perdana Menteri Malaysia jika gabungan pembangkang itu memenangi
Pilihanraya Umum ke-14.
PKR Cabang Sungai Besar juga turut mengusulkan kerusi Parlimen Sungai
Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang ditandingi oleh
calon-calon PKR kerana PAS bukan lagi parti kompenan dalam Pakatan
Harapan.
Turut didesak pengugguran jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor yang dipegang oleh PAS dan
jawatan itu diganti dengan calon-calon PKR, DAP dan Parti Pekerja
(Amanah).
“Mendesak pimpinan Pakatan Harapan supaya kerusi P093 Sungai Besar
diserahkan kepada PKR untuk bertanding dengan alasan PAS tidak pernah
menang di Parlimen Sungai Besar.
“Kerusi N03 Sungai Panjang juga harus diserahkan kepada PKR kerana PAS bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.
“Semua Pengerusi JKKK ahli PAS harus digugurkan dan digantikan dengan ahli PKR, DAP atau AMANAH,”lapor blog itu.
Sementara itu, Bernama turut melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan
Wanita Keadilan Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS
negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP)
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.
Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar
kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti
diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan
negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang
merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.
“Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan
YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir
tahun ini,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.
Ketua Wanita Keadilan negeri Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP
MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar
di Pulau Pinang dengan 10 Anggota Dewan Undangan Negeri.
Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan
oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan
negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment