Sunday, October 18, 2015
Tegur Salah Tak Tegur Pun Salah.... Guru Ditumbuk, Ditendang Dan Dimaki Kerana Tegur Pelajar
SIBU : Seorang guru lelaki sekolah menengah di Jalan Teng Chin Hua di
sini, lebam di muka dan cedera di perut selepas ditumbuk dan ditendang
seorang pelajar, Jumaat.
Guru disiplin berusia 40-an itu turut dimaki pelajar lelaki berkenaan
selepas dikatakan menegurnya ketika perhimpunan sekolah kira-kira pukul
7.30 pagi.
Beliau yang mengalami pendarahan pada hidungnya kemudian membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang
dihubungi pada Sabtu mengesahkan menerima laporan itu dan berkata polis
sudah mengenal pasti pelajar berkenaan.
Bagaimanapun Mohd Kamal berkata pihaknya masih belum menahan pelajar itu untuk membantu siasatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment