Thursday, October 08, 2015
TERDESAK!!! Selepas Pekan Kini Tun Mahathir Mula "Serang" Sabah!!!
Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru semua ahli UMNO di Sabah supaya mendesak
wakil rakyat mereka menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, jika wakil rakyat itu enggan berbuat demikian, ahli UMNO perlu
menolak mereka untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan
datang.
“Saya minta semua ahli-ahli UMNO di Sabah ini mendesak wakil rakyat mereka supaya menyokong undi tidak percaya.
“Kalau mereka tidak sokong, tentukan mereka tidak akan jadi calon, dan
tentukan mereka kalau jadi calon, akan dikalahkan,” katanya sambil
disambut sorakan hadirin yang menghadiri sesi soal jawab Bicara
Negarawan Sabah di Dewan Yayasan Lau Gek Poh, Tawau pada Isnin.
Dalam sesi dialog itu, bekas Perdana Menteri turut mengulangi dakwaan
bahawa Najib menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi dirinya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai ‘kuasa di atas kuasa undang-undang’.
“Sesiapa yang cuba menghalang dirinya akan dikenakan tindakan; disoal,
disimpan, dimasukkan ke dalam tahanan dan sebagainya,” katanya yang
dipetik oleh media.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment