Wednesday, October 21, 2015

TMJ Perasan Mat Salleh.. Acah-Acah Rambut Blonde lah Pulak

Alahaiiiii… Nama je kerabat diRaja tapi sayangnya tidak tunjukkan perangai yang baik kepada rakyat jelatanya. Mesti korang dah tahu kan yang Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ni telah mewarnakan rambutnya dengan warna blonde atau keperang-perangan. Ala acah-acah mat salleh celup tepung gitu.

Elok kehh?? Sudah la Tengku Aminah kena bash pasal tak bertudung tempoh hari, sampai deactive habis semua akaun laman sosial. Sekarang ni TMJ pulak buat hal… Eshhhh eshhh eshh agak memalukan.

Namun begitu, TMJ kata sebenarnya dia ni tak kisah langsung apa yang netizen bakal kata, bakal kutuk atau mungkin bakal meluat. Hahaaa sebab alasannya bapak TMJ, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ‘suka sangat’ dengan warna baru rambutnya tue… wowwww class kau Sultan Ibrahim haha!

“Ini rambut saya, Saya lakukanya untuk suka-suka. Jika esok saya pilih warna biru atau merah ataupun membotakkan kepala, ini urusan saya.

“Lagipun warna ini tidak kekal selamanya. Ia akan kembali kepada hitam tidak lama lagi. Jadi saya tidak kisah apa orang kata, Hanya Tuhan boleh menilai saya,” katanya.

Owwwww… Mungkin TMJ guna pewarna rambut sementara je kot tak pun pewarna yang halal dan boleh dibawa sembahyang… Ehhhh hader ke pewarna rambut yang halal?? Haha! Elok lah lepas ni boh warna biru merah pulak baru la anak sejati Johor haha… Lepas tu titahkan semua rakyat Johor supaya warna rambut macam TMJ haha!

Kenyataan TMJ itu dibuat selepas dia mendapat kutukan dan kecaman di media sosial selepas imej barunya itu tersiar di  laman sosial Facebook Johor Southern Tigers. Kononnya bapak TMJ pesan, lantak la orang nak cakap apa pun.. Mind your own business.

“Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif tentang saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya,” katanya.

Eshhhh.. Kalau Gomez malu la jugak.. Dah la anak sultan tapi pamerkan pulak imej macam ni sampai rakyat jelata sendiri tegur. Haishhh malu wei! Sepatutnya TMJ kena tunjuk imej baik kepada rakyat.., bukannya imej tepi jalan macam ni sampai menyimpang dari ajaran Islam.

Tak kisah la warna sementara ka apa.., tapi yang penting kena tahu hukumnya mewarnakan rambut didalam agama kita. Takkan ini pun penasihat Istana tak boleh nak ajar pada anak Sultan yang sorang ni?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment