Friday, January 29, 2016
PKR Gesa Mukhriz Ikut Jejak Anwar Ibrahim
Rasa kelakar pula bila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Kedah
menggesa Datuk Seri Mukhriz mengikut jejak langkah Datuk Seri Anwar
Ibrahim keluar parti, sekiranya anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu
disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah...Lagi kelakar, bila Adun PKR
mengatakan Umno merupakan kenderaan rosak yang wajib ditinggalkan
Mukhriz.
"Kepada Mukhriz dan mana-mana Adun BN Kedah, jika anda benar-benar mahu
kerajaan yang bersih rasuah, jika benar anda mahu perangi rasuah
keluarlah daripada Umno. Umno kini hanyalah sekadar kenderaan buruk yang
sudah rosak yang wajib dibuang," kata Adun PKR Kedah.
Menjadi persoalannya, beranikah Mukhriz untuk mengikut jejak langkah
Anwar untuk keluar parti sehingga menubuhkan sebuah parti yang baharu??
Seperti sedia tahu, bahawa 'aura' Mukhriz tidaklah sehebat 'aura' si
peliwat itu.
Lihat sajalah berapa Exco Kerajaan Negeri yang setia menyokongnya...
Yang setia kepada Mukhriz hanyalah seorang, iaitu Exco Belia dan Sukan.
Ini jelas Mukhriz tidak mempunyai sokongan yang kuat.
Itu sokongan dari Exco Kerajaan Negeri... Lihat pula sokongan Umno
bahagian dan Sayap Umno di negeri itu... Rata-ratanya tidak menyokong
dan mendesak bahawa Muhkriz ditukarkan, kerana tidak mesra kepada rakyat
Kedah.
Seandainya Mukhriz mengambil keputusan untuk keluar dari Umno, perkara
itu tidak langsung menjejaskan kedudukan Umno Kedah kerana tindakan
Mukhriz keluar dari parti dengan rela hati itu akan membuatkan Umno
terus kukuh dan relevan dihati rakyat.
Menyentuh mengenai dakwaan Adun PKR bahawa Umno merupakan kenderaan
rosak yang wajib dibuang, rasanya kenyataan itu lebih sesuai kepada PKR
dan pemimpin nombor satu dalam parti itu... Mana tidaknya, sudah jelas
terbukti bahawa kepala parti itu jauh terpesong, apabila gemar mencari
'stor kunyit' untuk memuaskan nafsu serakahnya!!
Berbalik kepada gesaan Adun PKR Kedah, rasanya Mukhriz tidak akan
mengikut jejak Anwar kerana seperti kita tahu Mukhriz ini seorang yang
pengecut dan hanya berani berdiri di belakang bapanya saja!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Pemuda PAS Mahu Ambil Kesempatan Atas Krisis MB Kedah
Kemelut Menteri Besar Kedah yang dikhabarkan bakal diakhiri dengan Datuk
Mukhriz Mahathir bakal disingkirkan pada hari ini, mendapat perhatian
oleh semua pihak... Kemelut ini turut mendapat perhatian parti
pembangkang dengan rata-ratanya tidak menyokong Mukhriz disingkirkan.
Pemuda Pas juga tidak melepaskan peluang untuk mempertahankan Mukhriz
sebagai Menteri Besar Kedah dengan mengatakan mereka tidak menyokong
bahawa Mukhriz digantikan, kerana Pas tidak suka dengan usaha untuk
menukar Menteri Besar di tengah jalan.
Menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz kemelut yang melanda negeri
Kedah itu perlu diselesaikan segera dengan menghentikan desakan pihak
tersebut, dan jika mahu Menteri Besar ditukar ianya perlu ditunggu
sehingga hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dalam masa sama, Nik Abduh yakin bahawa dengan kemelut yang melanda di
negeri Jelapang Padi itu, bakal memberi peluang kepada Pas untuk
merampas semula negeri Kedah pada PRU akan datang.
"Kita (Pas) yakin walaupun tanpa krisis ini, kita yakin bahawa kita akan
menang dan krisis ini dapat menambahkan keyakinan untuk menawan kembali
Kedah," kata Nik Abduh.
Menjadi persoalan disini, benarkah Pas tidak akan mengambil peluang
dengan kemelut yang melanda ini bagi membolehkan parti Islam itu
merampas semula?? Jika benar Pas tidak mengambil peluang dengan kemelut
ini, sudah pasti Pas akan menyokong Menteri Besar Kedah diganti
sepertimana yang berlaku di negeri pembangkang.
Walaupun Pas yang kononnya tidak mahu mengambil peluang atas kemelut
yang melanda di negeri Jelapang Padi itu, ia tidak memberi apa-apa kesan
kepada Umno/BN untuk terus mengekalkan Kedah pada PRU akan datang.
Daripada Pas berangan untuk merampas Kedah dengan perjuangan 'lone
ranger', lebih baik Pas berkerjasama dengan Umno untuk terus mengukuhkan
kerajaan Islam di negeri itu daripada dirampas oleh parti anti Islam!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PKR Dan DAP Mula Lupa Diri Sejak Ketiadaan Almarhum Nik Aziz
Sejak terkuburnya Pakatan Rakyat (PR), Pas seakan-akan tidak dapat
menerima bahawa mereka tidak lagi diperlukan oleh parti dalam gabungan
tersebut iaitu DAP dan PKR... Malah, lebih mengecewakan Pas sering
diherdik oleh DAP yang hanya disaksikan oleh PKR.
Terkuburnya PR menjadi tanda tanya buat semua pihak... Semua tertanya
mengapa PR yang dikatakan begitu gah untuk menawan Putrajaya akhirnya
terkubur di tengah jalan... Malah, dengan insiden DAP sering menyerang
Pas dalam isu pelaksanaan hukum hudud, membuatkan Pas menjadi punca
terkuburnya PR dimata rakyat.
Namun begitu, benarkah Pas menjadi punca terkuburnya PR sehingga
tertubuhnya parti serpihan Pas yang menjadi parti acuan DAP, Parti
Amanah Negara (PAN)??
Bagi menjawab mengapa terkuburnya PR, Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik
Aziz tampil menjawab dengan mengatakan terkuburnya gabungan parti
pembangkang itu, kerana DAP dan PKR mula lupa diri dan tidak menghormati
sesama rakan sekutu.
Nik Abduh yang kecewa dengan sikap DAP yang berjaya menguburkan PR
berkata, sejak ketiadaan ayahnya DAP dan PKR mula membuat haluan
masing-masing tanpa memikir kerjasama dan penyatuan antara parti
pembangkang.
Tambah Nik Abduh, ketika ayahnya masih hidup, ayahnya dihormati oleh
rakan sekutu walaupun berbeza ideologi politik, namun selepas ayahnya
dipanggil menghadap Ilahi, DAP dan PKR mula mempamerkan sikap 'jaguh'
masing-masing.
"Ketiadaan almarhum ayahanda Nik Aziz amat-amat dirasai oleh dunia
politik, seperti yang disebut sesetengah pihak mungkin menjadi faktor
antara punca perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
"Tiada orang tua yang benar-benar dihormati bila Nik Aziz tiada.
Masing-masing membawa diri parti-parti politik, dan tiada kekuatan
hingga hari ini yang mampu menyatukan. Tetapi kita tahu bahawa politik
ini perlu diteruskan dengan siapa yang ada, kita tidak boleh
mengenangkan Tun M di zaman Najib, Kerana kita adalah kita hari ini dan
kita selesaikan bersama. Jangan menanti yang telah pergi," kata Nik
Abduh.
Kenyataan Nik Abduh ini telah membuktikan bahawa tiada lagi PR seperti
yang diwar-warkan oleh sesetengah pemimpin Pas.. Walaupun Pas tidak lagi
berada dalam PR ataupun mana-mana gabungan pakatan, ia tidak bermakna
bahawa Pas tidak mempunyai sokongan.
Lagipun, dengan insiden yang dipamerkan DAP terhadap Pas telah membuka
mata umat Melayu bahawa DAP itu merupakan parti anti Islam, kerana
menghalang pelaksanaan hukum Islam dilaksanakan.
Apa yang diharapkan umat Melayu adalah Pas dapat bekerjasama dengan Umno
untuk sama-sama menentang DAP dan sekutunya, yang jelas menentang hukum
Islam dan tidak mahu negara ini ditadbir berlandaskan Islam!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Bantuan Beras Setiap Bulan Untuk Keluarga Miskin Tegar
Setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20
kilogram beras setiap bulan di bawah program MyBeras sehingga Disember
2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada langkah Pengubahsuaian Bajet
2016 yang diperkenalkan bagi mengurangkan bebanan hidup keluarga
miskin.
“Kerajaan amat prihatin kepada golongan rakyat yang terkesan akibat
kenaikan kos sara hidup terutama golongan miskin tegar,” katanya ketika
membentangkan pengubahsuaian bajet itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC).
Selain itu, bagi mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat,
kerajaan akan meliberalisasikan kawalan kuota import (AP) bagi lapan
produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan
yang konsisten.
Menurutnya, produk pertanian itu termasuk biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing.
Najib berkata pada masa sama, syarat pematuhan kualiti dan keselamatan barangan import akan terus diutamakan.
Beliau seterusnya berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau ‘MyFarm Outlet’
untuk menjual barangan seperti ikan, ayam, daging, sayur dan buah-buahan
dengan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga
pasaran
Buat permulaan, ia akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada bulan Mac
dan akan diperluas ke 10 lokasi di pusat bandar lain seluruh negara pada
tahun ini juga,” katanya.
"Bagi memastikan rakyat menikmati harga barang berpatutan, Najib berkata
beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenal pasti lebih banyak kedai
jualan harga berpatutan seperti hypermarket asing dan tempatan.
“Jadinya, jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah, kepada 1,000 kedai kesemuanya pada tahun ini,” katanya.
Dalam waktu sama, Najib mahu KPDNKK mempertingkat penguatkuasaan dan
mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang tidak beretika
serta mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat ganda.
Di samping itu, bagi terus membela untung nasib para pesawah serta
meningkatkan pengeluaran padi, kerajaan akan menyediakan tambahan tunai
RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input
pengeluaran padi.
“Pada masa sama, kerajaan akan menambah baik pelaksanaan pemutuan sebenar padi melalui sistem penggredan standard,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Lesen Memandu Malaysia Boleh Digunakan Di Thailand
Rakyat Malaysia yang ingin memandu di negara jiran Thailand tidak perlu
memiliki lesen memandu antarabangsa, sebaliknya hanya cukup dengan lesen
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Duta Besar Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan berkata beliau
menafikan ada dakwaan bahawa pihak berkuasa Thailand mengeluarkan arahan
rakyat Malaysia yang mahu memandu kenderaan di negara itu, perlu
memiliki lesen memandu antarabangsa berkuatkuasa bulan depan.
"Penyebaran maklumat mengenai perkara itu seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.
“Atas semangat ASEAN, negara anggota memperakui lesen memandu yang
dikeluarkan pihak berkuasa masing-masing, dan sah digunakan untuk
memandu di kalangan negara anggota,” katanya.
Damrong berkata demikian di Kangar, Perlis sebelum berlepas ke Kuala
Lumpur selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra
Jamalullail di Istana Arau.
Menurut maklumat yang disebarkan di laman sosial, pihak berkuasa
Thailand akan membuat sekatan jalan raya di tempat tertentu untuk
menahan pemandu asing di negara berkenaan yang tidak memiliki lesen
antarabangsa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Menteri Besar Kedah Yang Baharu Angkat Sumpah Isnin Ini??
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Jemaah Pemangku
Sultan Kedah di Istana Darul Aman, dipercayai bagi mendapat perkenan
berkaitan penukaran Menteri Besar Kedah.
Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri, tiba di Istana Darul
Aman di Bukit Persekutuan, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi sebelum
dilihat meninggalkan istana itu pada jam 9.15 pagi.
Ahli jemaah pemangku Sultan Kedah ialah Tunku Temenggong, Tunku
Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Laksamana, Tunku
Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima
Besar, Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam
Shah.
Difahamkan, pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Bakar Din. Difahamkan jika semuanya berjalan lancar, Menteri Besar
Kedah yang baharu akan mengangkat sumpah pada Isnin.
Dalam masa yang sama, portal berita The Star melaporkan bahawa
pegawai-pegawai Mukhriz sudah pun mula ‘mengemas’ pejabat dan kediaman
rasmi MB di Sri Mentaloon, Alor Setar.
Polemik kepemimpinan Mukhriz tercetus apabila kumpulan wakil rakyat UMNO
diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Bashah
Bashah Md Hanipah mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada beliau
baru-baru ini.
Jentera pentadbiran kerajaan Kedah juga gagal berfungsi selepas Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menyokong gerakan
menjatuhkan Mukhriz ‘memboikot’ mesyuarat EXCO, Rabu lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
UMNO Kedah Tak Goyang, Walaupun Mukhriz Disingkirkan
Dengan tersingkirnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
tidak bermakna kedudukan UMNO Kedah bakal menjunam seperti mana dihadapi
anak Mahathir itu. Kedudukan Mukhriz dan dengan cara menjual nama
bapanya tidak cukup untuk menjatuhkan UMNO Kedah.
Bagi pembangkang mungkin mereka merasakan ini masa yang sesuai untuk
bertindak. Mengambil kesempatan dalam pergolakan politik UMNO Kedah.
Dalam pemikiran mereka, berangan mahu merampas kembali takhta
pemerintahan negeri Kedah. Padahal mereka tidak sedar, bahawa pengaruh
pembangkang di negeri Kedah sangat-sangat menyedihkan.
Walaupun penyingkiran Mukhriz di Kedah bakal memberi sedikit impak bagi
UMNO pada pilihan raya akan datang, namun pembangkang masih lagi belum
dapat manfaat dari pergolakan tersebut. Situasi tersebut sedikit pun
tidak menggusarkan malah langsung tidak menggoyang institusi parti UMNO.
Meski penyingkiran Mukhriz sebagai pemimpin yang gagal memerintah
mendapat pelbagai penentangan dari rakyat Kedah. Namun begitu parti
pembangkang masih dilihat terlalu bermimpi ke awan-awangan sehingga lupa
akan tugas mereka. Pembangkang gagal mengambil kesempatan untuk
menyakinkan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya… Langsung tiada alternatif yang
berjaya dilakukan parti pembangkang untuk meyakinkan rakyat. Tiada
usaha yang ditonjolkan bagi memenangi hati rakyat. Jadi adalah lebih
baik sekiranya pembangkang berhenti bermimpi di siang hari. UMNO Kedah
langsung tidak cuak dengan ‘kebangkitan’ sebesar zarah yang cuba
dilakukan oleh puak pembangkang.
Jika sebelum ini penyingkiran timbalan perdana menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin tidak langsung memberi kesan kepada parti UMNO, ini kan
pula jika penyingkiran Mukhriz dari jawatan MB Kedah berlaku?? Apa lah
sangat Mukhriz ni kan???
Pastinya tidak menggangu gugut kestabilan parti itu. Langsung tidak
memberi kesan kepada UMNO, malah dilihat UMNO akan lebih berjaya
sekiranya pucuk pimpinan MB Kedah digantikan dengan pemimpin baharu.
Ditambah pula dengan UMNO yang langsung tidak tercabar dengan
pembangkang di Kedah.
Kerana bagi pembangkang sendiri mereka juga mengalami pepecahan yang
teruk sehingga mengheret kepada hilang kepercayaan rakyat. Kisah sedih
tersebut mengakibatkan pembangkang hilang undi dan berlaku pepecahan.
Oleh itu UMNO tersangat yakin bahawa dengan pengguguran Mukhriz dan
digantikan dengan pemimpin baru, UMNO di Kedah akan lebih berkuasa dan
kemajuan pastinya akan diperolehi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Muhyiddin Sudah Menyesal Kritik Pucuk Kepimpinan Najib
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum
ini bukan main mendabik dada, bermegah, menghentam dan mengkritik pucuk
kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kini dilihat sunyi
sepi! Mungkin sudah beransur-ansur insaf dari kerja mengkritiknya itu.
Atau mungkin juga menyesal dengan tindakannya sebelum ini.
Muhyiddin sunyi sepi ketika diminta untuk mengulas mengenai keputusan
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dana RM2.6 bilion.
Mungkin sudah sedar akan kebenaran yang cuba disampaikan Najib sebelum
ini. Atau mungkin juga terkedu dengan keputusan dan kebenaran yang
dibuka luas oleh peguam negara.
Peguam negara Apandi Ali baru-baru ini memutuskan bahawa Najib tidak
bersalah, dan tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu dana
RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Pengumuman
tersebut menyebabkan Muhyiddin tergamam dan tidak mampu untuk memberi
respon apa-apa.
"Sekarang saya tidak mahu ulas, saya tidak mahu komen.
"Saya biasanya keluarkan kenyataan jika mahu bercakap mengenai sesuatu," katanya.
Sementara itu, berbeza reaksi bagi Najib yang tenang ketika keputusan
tersebut diputuskan. Najib menyambut baik keputusan Apandi kerana
sememangnya dia sudah tahu dirinya tidak bersalah dalam isu dana
tersebut. Jadi mengapa harus takut dan gabra tidak tentu hala.
Sebenarnya isu RM2.6 bilion itu hanya satu kontroversi yang cuba
dihangatkan bagi memburukkan nama Najib.
"Hasil siasatan oleh institusi relevan, dan mengesahkan apa yang saya
pertahankan selama ini tiada kesalahan yang dilakukan," kata Najib.
Sebelum ini pada Julai tahun lalu, The Wall Street Journal mendedahkan
kepada umum bahawa dana bernilai RM2.6 bilion telah di masukkan ke dalam
akaun perdana menteri. Hasil siasatan mendapati dana tersebut
disumbangkan bagi membantu proses Pilihan Raya Umum 2013, dan menentang
kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Tambah Apandi, lagi sejumlah RM42 juta telah disalurkan oleh firma
kerajaan, SRC International. Namun begitu tegas peguam negara, Najib
langsung tidak tahu menahu mengenai sumber dana yang telah disalurkan
itu.
Bagi melangsungkan kemajuan ekonomi negara. Peguam negara menegaskan
bahawa pihaknya telah melakukan siasatan terperinci dan jelas terbukti
bahawa Najib tidak bersalah. Maka dengan terbuktinya pengakuan tersebut,
kini mulut-mulut longkang seperti Muhyiddin telah tertutup rapat. Tidak
berani lagi untuk mempersoalkan dana tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Kegagalan Pentadbiran Negeri Kedah Bukan Salah Mukhriz - Tun M
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih merasakan bahawa
anak beranak mereka suci, dan tidak tercalit langsung dengan
anasir-anasir jahat. Oleh disebabkan itulah Mahathir tidak mengaku
bahawa kegagalan pentadbiran negeri Kedah yang berada di bawah kuasa
anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bukan berpunca dari anak kandungnya
itu.
Malah Mahathir mendakwa kegagalan pentadbiran Mukhriz berpunca akibat
anaknya itu menjadi mangsa kepada ‘permainan politikus kotor’. Dakwanya,
semua ini berpunca daripada perperangan politik Kedah yang mendesak
Mukhriz supaya berundur dari jawatan Menteri Besar, dan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri.
Anaknya itu tidak salah!! Itu tegasan Mahathir… Bermati-matian membela
nasib anaknya yang kini sedang terumbang ambing. Mungkin si tua pelupa
itu sudah lupa, bahawa nasib anaknya berpunca akibat daripada sikap
egois dirinya yang kerap menghentam pentadbiran perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Akibat dari sikap angkuh bapa, anak pula yang jadi mangsa. Tambah
mengejutkan apabila Mahathir masih merasakan tindakannya betul, apabila
dia terus-terusan menyalahkan Najib. Katanya, nasib malang anaknya itu
akibat dari perangai Najib yang mementingkan diri sendiri, tergamak
mengusir siapa sahaja yang mengkritik beliau.
“Ini politik Datuk Seri Najib, siapa yang tegur dia, kena buang,” tuduhnya ringkas.
Namun begitu Mukhriz mendakwa, bahawa dirinya menerima apa sahaja
keputusan yang bakal dibuat. Sama ada dia diusir keluar ataupun dia
terus kekal memerintah kerajaan Kedah. Mukhriz reda dan sanggup
menanggung apa sahaja akibat daripada perbuatan dan kesalahan yang
dilakukan ayahnya.
Tanpa keberatan, Mukhriz sanggup undur diri bagi memberi laluan kepada
yang lebih layak untuk mentadbir. Yela, kalau sudah tahu gagal mentadbir
baik letak jawatan jerr, tak payah nak berlagak hero sangat.
Terbaru, terdapat khabar angin yang berterbangan mendakwa bahawa
perlantikan Menteri Besar baharu akan dibuat pada Jumaat ini.
Desas-desus pula berkata pemimpin yang bakal menggantikan tempat Mukhriz
sebagai Menteri Besar Kedah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah.
Lepas ni boleh lah Mukhriz dan bapanya Mahathir bermuhasabah diri dan
berlapang dada. Bertaubatlah dan mengaku kesalahan sendiri daripada
menyalahkan pihak lain. Sendiri buat sendiri la tanggung.
Elok la buat taubat nasuha dua beranak ni, insaf la dari buat kerja
jahat menghentam pentadbiran dan mengkianati ketua pentadbiran. Sedar
sikit siapa diri tu jangan rasa macam diri tu paling hebat sekali,
sampai tiada sapa boleh pertikaikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mukhriz Sengaja Mahu Cetus Kekecohan, Ku Nan Sudah Maklumkan Tidak Perlu Hadir
Datuk Seri Mukhriz Mahatir sengaja mahu
mencetuskan kekecohan apabila hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
hari ini biarpun tidak dijemput.
Beliau diminta meninggalkan mesyuarat MT petang tadi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Malah sumber pejabat Setiausaha Agung UMNO menyatakan Mukhriz tekah
dimaklumkan terlebih awal supaya tidak hadir kerana mesyuarat MT kali
ini tidak memerlukan kehadiran beliau.
Sementara itu, penganalisis politik, Ab Jalil Backer menulis dalam
akaun Facebooknya bahawa jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
bukanlah secara automatik ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Mereka yang kalah atau tidak dilantik sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.”
“Sekiranya tiada jemputan, maka tiada sebab untuk beliau turut hadir
dalam mesyuarat terbabit. Sekiranya dimaklumkan tidak perlu hadir maka
tiada asas peraturan untuk beliau tetap hadir.”
“Malah kehadiran Pengerusi Negeri hanya sebagai “turut hadir” dan tidak boleh memberi pandangan kecuali diminta.”
“Maka tiada sebab untuk Datuk Paduka Mukhriz Mahathir hadir dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini kecuali beliau mahu menjadikan
ini sebagai propaganda politik dan menagih simpati.”
Untuk rekod Mukhriz tidak dilantik sebagai Ahli MT selepas beliau
kalah Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu. Selalunya beliau hanya
dijemput turut hadir sebagai pemerhati mesyuarat sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dulu Zakat, Sekarang Duit Tabung Haji Pula?
Mungkin suratan, mungkin juga kebetulan.
Begitulah yang dialami oleh penulis
beberapa hari yang lalu, apabila melalui aplikasi WhatsApp, seorang
rakan telah melontarkan karangan kononnya dari pekerja Tabung Haji
sendiri. Isunya, berkaitan dengan kebocoran kandungan surat dari Bank
Negara Malaysia kepada Tabung Haji.
Tipikal pembangkang, asal ada isu yang
melibatkan GLC kerajaan, maka akan berterbanglah ke serata alam kononnya
“luahan pekerja syarikat”.
Penulis cuba menerangkan, sambil merujuk
kepada kenyataan rasmi Tabung Haji sendiri, selain artikel yang
diterjemahkan oleh JASA bersumberkan NST.
Sebagai tambahan, penulis memberitahu,
bahawa serangan ke atas institusi Islam dan Melayu di negara ini mungkin
bukan bersifat kebetulan, kerana jika dilihat, ia bermula dari perkara
asas seperti agihan kutipan zakat kepada golongan yang tidak berhak.
Rentetan daripada itu, kita melihat, dan membaca bagaimana saban hari
segala yang berkaitan dengan institusi ini menjadi modal serangan
pihak-pihak tertentu.
JAKIM, MARA, FELDA, YPEIM dan Tabung
Haji, seharusnya sudah mula faham, dan bersedia menerima serangan dari
pihak-pihak tertentu. Di mana ada institusi Islam dan Melayu yang
mempunyai kekuatan dana, maka disitulah serangan akan dihalakan,
sungguhpun ianya bersifat isu separuh masak.
Motifnya, penulis berpandangan mereka
cuba menghilangkan keyakinan orang Islam dan Melayu ke atas
institusi-institusi tersebut. Setelah institusi-institusi tersebut
rebah, maka hilang sudah tempat untuk orang kita bergantung. Hilang
tempat bergantung, lebih mudahlah menawan hati dan minda orang kita,
atau pun menolak supaya beransur. Sukar menawan kesemuanya, cukup
sekadar pecah dan perintah.
Menerusi perbincangan di dalam grup
WhatsApp itu juga, penulis memberitahu rakan-rakan, jika tidak percaya,
tunggulah sikit hari nanti. Pasti ada yang cuba menangguk di air keruh.
Keesokkan harinya, tiba-tiba DAP pula
campurtangan dalam isu tersebut. Betul telahan penulis. Mungkin suratan,
mungkin juga kebetulan.
Mungkin cuba menjadi hero, tetapi tidak
mustahil mungkin juga sedang memerhati dan mahu tahu kekuatan aset-aset
sebenar institusi milik orang Islam.
Adakah mereka punya keberanian
untuk audit dan bentangkan kepada kita dakwaan derma berbillion ringgit
yang diperolehi oleh parti mereka dari Israel?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Menjawab Kadir Jasin : Derma Dipulang Kerana Tidak Digunakan
Kita boleh faham peminat Tun Mahathir
kecewa, seorang dua yang kita tahu secara peribadi, sampai datang
gila meroyan bila Peguam Negara buat keputusan untuk tidak mendakwa
Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan dana RM 2.6 billion yang
dikatakan rasuah serta salah guna duit rakyat, rupanya ialah derma dari
keluarga diraja Arab Saudi untuk bantu BN menang dalam PRU13.
Dah dibagi jawapan, ditanya lagi banyak
soalan. Dalam ‘undang-undang berdebat’, bila sampai tahap jawapan
dibalas dengan lebih banyak soalan, kebanyakan orang akan move forward,
tak guna layan dah pasal jelas kat situ orang tak berminat dengan
jawapan, dia hanya nak cari salah.
Itu pandangan kita bila baca ‘ulasan’ Kadir Jasin pasal keputusan kelmarin.
Kalau dia minat dengan jawapan, sudah
tentu dia tahu persoalan kenapa wang itu dipulang, sudah ada disitu –
wang itu derma untuk BN menang PRU13, bila wang itu tidak habis
digunakan, ia dipulang semula kerana pilihanraya sudah selesai dan BN
pun sudah menang.
Boleh, Najib boleh ‘rembat’ semua duit
itu kalau beliau mahu, tapi Najib bukan penyangak, derma masuk untuk
PRU13, bila PRU13 selesai dan duit itu tidak habis digunakan, ia
dipulangkan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi yang berkenaan.
Mulia hati Najib tu. Kadir jangan
samakan Najib dengan orang lain, memang orang lain akan sapu kalau dapat
peluang macam itu, dah masuk akaun kan, gila ka pulang balik, bukan
sikit pulak tu, lebih RM 2 billion!!
Berapa syarikat penerbitan boleh
diselamatkan dari bankrap dengan duit banyak tu kan?
Tapi itulah kita
sebut tadi, Najib jujur orangnya, beliau tahu derma itu untuk kegunaan
apa dan bila kegunaan itu selesai dan wang tidak habis digunakan, ia
dipulangkan kembali kepada tuannya, apa yang susah sangat nak rungkai?
Oh ya, betul Almarhum Raja Abdullah
meninggal dunia pada 2015 tapi ketika wang itu dipulangkan pada Ogos
2013, baginda masih hidup lagi.
Selain petik kenyataan bersumberkan
Nasdaq mendakwa kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri tidak
menahu tentang sumbangan itu, rujuk jugalah kenyataan BBC mengenai
perkara yang sama, dua-dua pakai sumber juga, tapi kenapa hanya pilih
satu untuk percaya, kenapa tak pilih satu lagi?
Adillah bila berbicara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Terima Kasih Pencacai Poster
Terima
kasih kepada pihak yang mempromosikan pemimpin kerdil seperti saya
melalui poster di atas untuk membersih air muka tokoh-tokoh besar mereka
atas pelbagai fitnah berkaitan dana RM2.6b yang telah disebarkan
sebelum ini.
Apalah sangat kenyataan saya itu jika dibandingkan dengan fitnah dan
syak wasangka tak masuk akal dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri,
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan dana politik sumbangan
keluarga diraja Arab Saudi itu.
Kenapalah mereka tidak mahu membandingkan kenyataan Peguam Negara itu
dengan tohmahan-tohmahan pihak lain yang tersebar luas di akhbar,
portal dan laman sosial pro-pembangkang sebelum ini.
Antara kenyataan lain yang pernah dicanangkan adalah kononnya “wang
dari tabung 1MDB milik rakyat berjumlah RM2.6b disalurkan ke dalam akaun
peribadi Najib”, “Najib mendepositkan sebahagian besar daripada RM2.6b
ke bank Singapura”, “Najib dan UMNO-BN menggunakan wang RM2.6b milik
1MDB untuk membeli undi dalam PRU13”, “wang 1MDB sebanyak RM2.6b yang
masuk dalam akaun peribadi Najib adalah rasuah terbesar negara”,
“Pegawai kanan SPRM ditukar ke jabatan lain bertujuan menutup skandal
wang 1MDB berjumlah RM2.6b” dan banyak lagi fitnah pihak-pihak tertentu
untuk menjatuhkan Najib.
Sewajarnya kenyataan-kenyataan tersebutlah yang pecacai ini patut
bandingkan dengan keputusan Peguam Negara dalam isu dana RM2.6b itu
kerana tuduhan dan fitnah di atas dilontarkan oleh pakar-pakar
manipulasi politik negara yang ternama, berbanding pemimpin tak popular
seperti saya. Ramai yang terkantoi dan cuba menahan malu berikutan
kenyataan Peguam Negara itu.
Kenyataan saya yang diviralkan adalah berdasarkan temubual seorang
wartawan melalui telefon ketika saya menunggu pesawat pulang dari Tawau
ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2015.
Saya ke sana kerana menemankan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Dato’
Fatmi Che Salleh merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tawau.
Pada malam sebelumnya, saya menghadiri majlis makan malam UMNO Bahagian
Tawau dan menyampaikan ceramah isu semasa.
Hari yang sama juga, iaitu pada 15 Ogos, Timbalan Presiden UMNO, Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang baru kehilangan jawatan Timbalan Perdana
Menteri merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna yang
diterajui Dato’ Seri Shafie Afdal, tak jauh dari Tawau.
Beberapa perkara yang disiarkan tidak sama seperti apa yang telah
saya nyatakan kepada wartawan berkenaan. Saya tidak mengeluarkan
perkataan “yakin wang RM2.6b telah dibelanjakan sepenuhnya untuk UMNO”.
Sebenarnya apa yang saya katakan adalah tidak mustahil wang itu telah
dibelanjakan untuk kempen BN menghadapi PRU13 berdasarkan sikap amanah
Najib menunaikan tanggungjawab yang dipikul.
Selaku Pengerusi BN, Najib bukan sahaja menjaga UMNO, tetapi juga
parti-parti komponen lain bagi memastikan jentera pilihanraya berjalan
lancar. Itu belum diambil kira sebilangan besar NGO yang juga
mengharapkan sumbangan dana daripada beliau.
Bukan perkara mustahil dana politik sebelum ini diselewengkan oleh
pemimpin parti politik atau individu kepercayaan mereka samada dari
parti UMNO dan komponennya, mahupun parti-parti pembangkang terutamanya
DAP, PAS dan PKR.
Dalam kes UMNO, tidak hairan kenapa keluarga diraja Arab Saudi
mahukan supaya dana itu disalurkan terus ke akaun peribadi Najib, atas
keyakinan mereka terhadap sikap amanah beliau. Mungkin sebelum ini
mereka pernah berurusan perkara yang sama dengan pemimpin lain, dengan
menyalurkan dana melalui individu perantara yang akhirnya lesap entah ke
mana.
Kepada pencipta poster di atas, cubalah cari wajah tokoh-tokoh besar
dan pakar-pakar manipulasi berserta fitnah-fitnah terhadap Najib yang
telah mereka sebarkan berkaitan isu dana RM2.6b untuk diposterkan. Tentu
ramai yang akan gelak terguling-guling.
Apapun, terima kasih kerana sudi mempromosikan pemimpin kerdil seperti saya.
Khusairi Talib 29 Januari 2016
http://www.khusairitgmalim.blogspot.my
http://www.khusairitgmalim.blogspot.my
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Kenyataan Media Datuk Abdul Rahman Dahlan Mengenai SPRM
PRESS STATEMENT BY DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN.
Minister KPKT.
Minister KPKT.
I was a member of MACC’s special committee on corruption from 2008 to
2013. This special committee is one of several committees set up to
monitor the work of MACC. One of the committees is PPO. My understanding
of the role of PPO is to review cases which MACC decided not to pursue
even before they submit their Investigation papers to AG for
prosecution. PPO can then advise MACC to reopen the case and send their
IP to AG for consideration.
2.the terms of reference of PPO do not state that PPO can review
cases which have already been decided by the AG. PPO can only “check and
balance” cases which MACC wants to drop prior to sending the IP to the
AG. In this case, MACC did not close the case. In fact MACC did send
their IP to AG.
3. As background, the PPO was set up to specifically address issue of
potential situations where MACC could be abusing its position. PPO was
formed to make sure MACC doesn’t drop any cases (and therefore not
sending their IP to AG for persecution) due to pressure or favor.
4. PPO’s TOR state that it’s members are selected by Prime Minister.
Thus, I can foresee the rogue individuals within MACC and the opposition
will again blame you if PPO decide that they agree with AG’s decision.
Those people will continue to cast negativity on PM.
5. I believe PPO has no local standi to review AG’s decision.
TAMBAHAN.
Panel Penilaian Operas PPO adalah mekanisme ‘check and balance’
terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes
diperakukan untuk didakwa atau ditutup. PPO juga boleh mencadangkan kes
dikaji semula sekiranya tidak berpuashati dengan penjelasan yang
dikemukakan oleh SPRM.
Terma Rujukan Panel Penilaian Operasi
1.Menerima dan meneliti semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya dan tindakan-tindakan yang diambil terhadap aduan berkenaan;
2.Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas
Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;
3.Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana
Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya
melebihi 6 bulan;
4.Menasihati dan memperakuMenerima dan meneliti laporan daripada
Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah
diperoleh dari Pendakwa Raya;
5.Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas
Siasatan yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya dan tidak mendapat
apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi 6 bulan ke atas;
6.Memberi pendapat berhubung tindakan-tindakan ke atas kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh;
7.Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat
Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan
usaha pencegahan rasuah oleh Suruhanjaya; danMeneliti, mengkaji dan
memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung
cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya;
dan
8.Mengemukakan laporan tahunan dan ulasan PPO kepada Y.A.B. Perdana Menteri berhubung dengan perjalanan operasi SPRM.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dua Panel Penasihat SPRM Tidak Ragu Keputusan Peguam Negara
Dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mendapati tidak ada keraguan dalam keputusan Peguam
Negara berhubung penutupan kes berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Tan Sri Musa
Hassan berkata hasil mesyuarat Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel
khas di Putrajaya hari ini memutuskan untuk menerima keputusan Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Musa, yang menghadiri mesyuarat kedua-dua panel itu, berkata
kedua-dua panel itu menerima keputusan Peguam Negara bahawa tidak ada
kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion
dan kes SRC International.
Justeru, kedua-dua panel itu akan mengadakan pertemuan dengan Peguam
Negara untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut bagi menerangkan
perkara itu kepada rakyat.
“Tidak, tidak ada keraguan dalam kes ini. Kami telah mengambil
keputusan untuk bertemu dengan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan
lebih lanjut,” kata Musa ketika dihubungi media.
“Ia penting untuk panel mendapatkan penjelasan daripadanya bagi
menerangkan perkara itu kepada rakyat nanti agar rakyat lebih faham
kenapa kes itu tidak perlu didakwa,” kata Musa.
Semalam, SPRM mengumumkan pihaknya akan merujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO untuk penilaian dan pertimbangan.
PPO merupakan satu daripada badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009 dan antara terma rujukan PPO adalah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
SPRM Tidak Pertikai Keputusan Peguam Negara Bersihkan Najib – Abu Kassim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak daripada sebarang pertuduhan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata langkah
merujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi SPRM
merupakan prosedur operasi standard (SOP) untuk menutup mana-mana kes.
“Demi kejelasan, kuasa menurut budi bicara Peguam Negara mencakupi
semua prosiding jenayah diperuntukkan kepada beliau mengikut Perkara
145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa ini adalah bersifat mutlak tidak
boleh dicabar oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan media hari ini yang mendakwa bahawa
kakitangan SPRM telah memberi taklimat tanpa kebenaran kepada media dan
membuat pelbagai dakwaan.
“Saya ingin menjelaskan – jika ini benar, ia tidak akan dibiarkan dan
tindakan akan diambil. Saya mengarahkan supaya laporan polis dibuat
supaya siasatan secara bebas dapat dijalankan mengenai perkara ini,”
katanya.
Abu Kassim menegaskan bahawa pegawai SPRM mesti mendukung standard
etika paling tinggi dan bertanggungjawab kepada sumpah jawatan yang
mereka lafazkan.
“Justeru, tiada apa-apa kenyataan oleh mana-mana individu harus
dianggap oleh media sebagai pendirian rasmi SPRM terhadap kes-kes ini
kecuali ia telah dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik rasmi
SPRM selepas mendapat kelulusan saya,” kata beliau.
Pada Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang
salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC
International.
Pada Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC International
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
DAP Terima Dana Israel RM1.2Billion – Empat Tahun Tiada Penjelasan Dari Kit Siang, Guan Eng
DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan
mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP
mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan
tertinggi DAP.
Berbagai isu dibuka DAP untuk menutup isu derma RM1.2 billion yang
didakwa diterima daripada Israel untuk pilihanraya umum yang lalu.
Pendedahan ini dibuat oleh Mohamad Razali yang merupakan bekas ahli DAP
sendiri.
DAP sekarang didesak untuk mendedahkan butiran penerimaan derma yang
cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat. Rakyat sudah tidak mahu
bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.
Lim
Kit Siang pernah mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Mohamad
Razali berhubung dengan pendedahan yang dilakukan mengenai derma yang
diterima sebanyak RM1.2billion tersebut serta beberapa siri latihan
yang diterima oleh ahlinya dari MOSAD dalam usaha menguasai politik.
Sebagai menolak dakwaan ini seharusnya Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie
Ching membuat satu laporan polis agar satu kertas siasatan dikeluarkan
untuk mendakwa Mohamad Razali dalam isu pertuduhan yang mana
mengaitkan DAP dalam menerima derma RM1.2 billion dari Israel.
Ia kaedah terbaik Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching untuk
mempertahan integriti DAP dan juga Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng yang
mengetuai parti anak beranak ini kerana masih terikat dengan tidak
memberikan jawapan dan tindakan terhadap isu yang didakwa.
DAP perlu menjawab di atas dakwaan telah ditawarkan dana RM1.2
billion (USD300 juta) dari pihak Israel sekiranya dapat menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Desakan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr.
Mohd. Zuhdi Marzuki.Dr Mohd Zuhdi berkata dakwaan itu telah dibuat oleh
bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd
Rahman.
Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan
Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam
keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini
tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP
didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion)
oleh Israel.
Sehingga kini diantara dakwaan yang telah dil;ontarkan kepada DAP
ialag bagaimana seramai 17 orang dari ahli DAP telah dilatih oleh pakar
perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang
menjalani latihan tersebut.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan
tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana
sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada
penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Terima Dana Israel RM1.2 Billion : Dap Terus Didesak Bercakap Benar
KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah di Univesiti Institut
Teknologi MARA (UiTM), Prof. Madya Hanafiah Harun meminta kepimpinan Dap
supaya berkata benar berhubung isu dakwaan parti tersebut menerima dana
sebanyak RM 1.2 bilion daripada regim Israel sekiranya Pakatan Rakyat
memenangi pilihanraya ke 13 yang lalu.
Menurut beliau, seperti Dap yang selalu mendesak pihak lain khususnya
kerajaan untuk bercakap benar, maka Dap juga mestilah bercakap benar
dengan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan bekas
pegawai khas Lim Guan Eng, Razali Abdul Rahman.
“Dakwaan yang didedahkan oleh Razali itu amat-amat serius. Jika benar
Dap menerima dana daripada Israel, ianya menggambarkan seolah-olah
parti itu melacurkan kedaulatan negara dan menjual maruah negara yang
tidak ada nilainya. Ini kerana jika benar regim tersebut memberikan
dana kepada Dap, maka sudah tentu ada pulang baliknya.
“Takkanlah
dana yang diberikan oleh Israel untuk bantu Dap memenangi pilihanraya
hanya untuk bertujuan membina pengkalan tentera regim itu saja. Mesti
ada perjanjian atau kehendak-kehendak lain yang boleh memberikan
keuntungan kepada mereka.
“Sebagai contoh, jika sesebuah pasukan bola mendapat penaja, maka
mereka terpaksa mengikut apa saja kehendak penaja. Jika penaja mahu
mereka pakai jersi macam kuda belang pun, mereka terpaksa ikut.
“Begitu juga dengan negara. Jika sebuah parti dalam negara dapat
tajaan dana dari pihak luar, sudah tentu sedikit sebanyak mereka
terpaksa akur kepada pemberi dana itu. Kita tak dapat mencorak negara
mengikut selera dan kehendak kita,” ujarnya kepada pihak media di sini
hari ini.
Justeru itu, beliau mendesak parti Dap agar segera memberikan respon
terhadap dakwaan kerjasama dengan negara yang terkenal dengan kezaliman
dan kekejamannya itu.
“Kita mahu tahu, apakah benar Dap ada menjalinkan kerjasama dengan
regim tersebut? Apakah Dap yang menjemput mereka untuk campur tangan
dalam politik dalaman negara? Apakah Dap benar-benar bersekongkol dengan
sebuah negara yang amat terkenal dengan kezaliman dan pembunuhan kejam
mereka terhadap rakyat Palestin dan apa pendirian mereka dalam isu
Palestin? Rakyat mahu tahu semua itu.
“Sebab itu kepimpinan Dap perlu tampil dan memberikan penjelasan
berhubung perkara ini. Dakwaan tersebut sudah dibuat selama empat tahun,
bahkan ada juga laporan polis yang telah dibuat berhubung dakwaan
tersebut.
“Namun setakat ini, kepimpinan Dap gagal memberikan jawapan dan
penjelasan berhubung perkara tuduhan tersebut yang dapat memuaskan hati
rakyat di negara ini.n Malah, kepimpinan Dap nampak seolah-olah cuba
mengelak daripada menjawab perkara ini. Lim Kit Siang kata Dap akan
saman Razali namun hingga hari ini, tidak ada satu saman pun yang
difailkan Dap terhadap Razali,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Posts (Atom)