Tuesday, January 26, 2016
Perangai Sebenar Mukhriz Mahathir Telah Terbongkar
Pengerusi GABEM, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendedahkan sikap sebenar
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebenarnya adalah
seorang yang sombong dan bongkak. Perihal tersebut merujuk kepada
tindakan Mukhriz yang pernah menolak ‘lamaran’ yang dibuat oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini, Najib pernah membuat tawaran untuk berdamai bagi
mengelakkan pergolakan dalam politik Kedah. Namun akibat dari sikap
angkuh Mukhriz, dia menolak niat Najib untuk berdamai dan lantas menolak
tawaran satu jawatan di kabinet pada rombakan yang lalu.
Tegas Rahim, sekiranya Mukhriz mengambil kata putus untuk berdamai dan
terima sahaja tawaran jawatan di kabinet. Pastinya kontroversi dan
kekecohan politik di Kedah dapat dihindarkan. Namun begitu, sikap
penting diri yang ditunjukkannya telah mengheret diri ke lembah
‘peperangan’ politik yang berlaku sekarang ini.
Mengulas dengan lebih mendalam, Rahim mendakwa bahawa dirinya dan
seorang lagi pemimpin Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi
Salleh, pernah menjadi penyelamat dalam pertelingkahan diantara Najib
dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Salah satu inisiatif adalah menawarkan Datuk Seri Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang lalu.
"Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu ubah kedudukan anaknya dari
jawatan Menteri Besar Kedah, saya menjelaskan bahawa Najib yakin bahawa
kedudukan Mukhriz terancam kerana ramai pemimpin UMNO Kedah yang
menolak beliau," katanya
Jelas Rahim lagi, Mahathir sendiri yang meminta beliau untuk mengadakan
pertemuan dengan anaknya bagi menjelaskan perkara tersebut. Terima atau
tidak keputusan terletak pada Mukhriz sendiri, tapi malangnya tanpa
berfikir panjang Mukhriz menolak tawaran tersebut.
Mungkin masa tu dia merasakan dirinya paling hebat dan berpengaruh di
Kedah. Langsung tidak terfikir yang akar umbinya sudah tidak
percayakannya lagi. Oleh disebabkan terlalu yakin dengan kedudukannya,
maka Mukhriz terpaksalah menghadapi konflik politik yang paling mahu
dielakkan oleh Najib.
"Malangnya Mukhriz menolak tawaran Najib. Saya kesal hingga sekarang,
sebab penolakan ini punca kegagalan inisiatif yang dibuat oleh saya dan
Fatmi untuk mendamaikan Najib dan Tun Mahathir," katanya.
Mungkin dua beranak Mukhriz dan Mahathir ini tidak mahu pendamaian
terjalin diantara mereka dan Najib. Sebab tu la mereka ambil keputusan
untuk menolak apa sahaja tawaran yang diberikan oleh Najib. Keras kepala
betul dua beranak ni.
Cuba fikirkan semula, kan senang kalau Mukhriz terima sahaja kenyataan
yang dia dah gagal dalam mentadbir negeri Kedah. Sebaliknya terima
sahaja jawatan di kabinet, tidaklah dia malu besar kerana gagal untuk
mentadbir. Dan apa yang pasti kekecohan politik di Kedah pastinya dapat
dihindarkan, dan hubungan antara Mahathir dan Najib dapat dipulihkan.
"Semoga Allah izinkan peluang kedua menjelma," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment