Tuesday, January 26, 2016
Beraninya..... Penyerang Jakarta Buat Panggilan Ke Malaysia - Bukit Aman
KUALA LUMPUR : Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Januari lalu
telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini sebelum
kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad
Fuzi Mohd Harun.
Beliau berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.
"Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baharu ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Pada 14 Januari lalu, berlaku serangan bom dan senjata api di Jalan MH
Thamrin yang menyebabkan tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh
sementara 30 orang termasuk lima anggota polis cedera parah. Sehari
kemudian seorang yang cedera dilapor meninggal dunia.
Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilapor sebagai berkata, pihaknya
percaya pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang
merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara dan menjadi perancang
serangan tersebut.
Namun Mohamad Fuzi berkata berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.
Mengenai kumpulan Daesh, beliau berkata, polis mengenal pasti bahawa
terdapat komunikasi antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat
Malaysia di Syria.
"Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat
rakyat Malaysia di sini kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di
Syria," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment