Tuesday, January 26, 2016

Tidak Wajar Peguam Negara Berada Dalam Lembaga Pengarah TH

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/TAN_SRI_APANDI_ALI_AGC_03082015_TMIKAMAL_ARIFFIN_01.jpg
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali perlu menarik diri dari menduduki Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji kerana ia boleh menjejaskan integriti dan kebebasan Pejabat Peguam Negara. 

Peguam Negara tidak sewajarnya berada di dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan kerana ia boleh menyebabkan konflik kepentingan sekiranya berlaku sesuatu kes salah guna kuasa atau penyelewengan.

Malah kedudukan Peguam Negara dalam mana-mana GLC juga boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pejabat Peguam Negara sekiranya berlaku skandal dalam GLC terbabit. 

Adalah penting Peguam Negara dilihat berkecuali dan bebas dalam menentukan merit sesuatu kes untuk pendakwaan. Kedudukan beliau dalam mana-mana GLC atau syarikat hanya akan menimbulkan pelbagai tanggapan dan persepsi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment